Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, April 08, 2009

Jawatan TKM 1 Pulau Pinang akan diisi tidak lama lagi - PKR

.
PULAU PINANG 8 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menamakan calon mereka bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin tertinggi parti itu dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai calon yang sesuai.

Jawatan tersebut kosong selepas Mohmmad Fairus Khairuddin meletak jawatan pada 2 Mac lepas yang berkuatkuasa hari ini.

“Kita akan berbincang mengenai perkara ini dalam beberapa hari lagi,” kata Zahrain.

Mengenai spekulasi bahawa Mohammad Fairus yang juga Adun Penanti akan meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zahrain berkata beliau masih yakin dengan Mohammad Fairus, sambil menafikan akan berlaku pilihan raya kecil di Penanti.

Mohammd Fairus kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. — Bernama

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !