Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, April 18, 2009

Siri 67 : Surat Fairus diserta akaun bersumpah

.
Surat perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti yang diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin disertakan dengan akuan bersumpah yang disahkan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah.

Sumber memberitahu Alahai, surat bertarikh 19 Mac itu, bagaimanapun berkuatkuasa serta merta, sebaik Fairus secara rasmi membuat kenyataan akhbar pada 16 April lalu.

Ini kerana, jelas sumber itu parti memberi masa kepada Fairus untuk memikirkan kembali hasratnya untuk melepaskan kedua-dua jawatan.

Selepas memikir sedalam-dalamnya, demi masa depannya dan parti, Fairus mengambil keputusan nekad mengosongkan kerusi DUN Penanti.

Fairus yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkaitan rasuah kuari di Seberang Perai, akan melanjutkan pelajarannya di peringkat pasca siswazah di luar negara.

Jelas Fairus, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

“Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini,” katanya.

Fairus sebelum itu, meletakkan jawatan sebagai TKM 1 berkuatkuasa pada 8 April lepas.

Semasa Pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu, Fairus menewaskan calon BN Abdul Jalil Abd Majid dengan Majoriti 2,219.Fairus memperolehi 7,346 undi, Abdul Jalil memperolehi 5,127 undi dan undi rosak 184. Jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 82.08% daripada 15,421 pengundi.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !