Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, April 11, 2009

Malik dan Maktar calon TKM 1 Pulau Pinang - Guan Eng

.
Sedutan Bernama

BUTTERWORTH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee adalah dua calon yang disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepadanya bahawa bakal Timbalan Ketua Menteri adalah seorang ADUN daripada parti itu yang berbangsa Melayu.

"Kita ada dua sahaja Adun PKR yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang. Siapa yang dipilih kita kena tunggulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guan Eng berkata walaupun beliau mempunyai kuasa melantik timbalannya, namun atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat, beliau meminta Anwar menamakan calon daripada PKR yang layak mengisi jawatan itu.

Khamis lepas, beliau memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk mengemukakan nama calon daripada PKR untuk menjadi TKM 1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga dari PKR yang meletak jawatan pada 8 April lepas.

Selain Abdul Malik dan Maktar, dua lagi nama yang disebut-sebut untuk mengisi tersebut jawatan itu sebelum ini ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan timbalannya, Dr Mansor Othman.

KATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !