Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, November 29, 2008

Warkah untuk TKM 1 Pulau Pinang

Daripada :

Mr Buzzybuddy


Salam....

Warkah untuk TKM 1 Pulau Pinang.( tanpa suntingan )

Selama ni... aku dok diam ja...malas nak mik pot sangat pasai cita pendekar no. 1 kat penang nih.... Tapi lagi lama aku diam, menyampah aku naik bila, terpikiaq pasai mangkok sorang nihhh.....

Tanggal 21 november baru2 nih.... Aku terlibat la dalam 1 mesyuarat..pasai keja aku la...tapi xpayah la aku cita mesyuarat pasai apa....cuma yang aku nak share kat sini cuma perangai pendekar kapor@kecut urat teloq kat penang nih..atau nama timangan dia tkm 1...

Sah korang suma kenai sapa dia kan????

Camni cita dia.... Lepas ja aku habis meeting.. Datang la sorang hamba Allah ni mai cita kat aku...

Al kisah bermula....................

"Aku sampai la..aku punya kesian la dekat orang Taman Guar Perahu (tempat tinggal pendekar kapoq)..mana dak nya...dia orang punya la dok wat aduan pasai jalan berlubang..sampai la action tak ambil pon...aku bukan nak masuk mana2 pihak pon..tapi kan..penduduk sana complain yang jalan berlubang tu betoi2 depan rumah dia kat selekoh... Bahaya tu.... Aku pon terpikiaq gak la...xkan la...orang no. 2 dalam penang ni boleh plak dok wat derk ja.....hmmmm xtau la...mungkin pendekar ni buta mata, buta perot,kalau macamni dia punya gaya...aku berani compom...election nak mai nanti..sure dia kena terajang balik kl daaaa....kesian orang sana....dorg harapkan seorang pemimpin yang dapat bela dorg...tapi...lain plak jadinya......"

Wahai pendekar kecut teloq.... Hang bukak la sama mata ang tue...jangan asyik dok lena sangat... Jangan ingat ang dok selindung balik cermin gelap keta ang tu...ang boleh terlepas dari masalah..... Kami kat sini tunggu masa ja nak terbalik kan ang..... Sendiri pikiaq la pendekar....

Edisi akan datang..aku akan attach jalan berlubang depan umah dia yg menjadi igauan buruk penduduk Taman Guar Perahu...

Okeh lah.....wsslm...

Siri 12 : Rakyat akar umbi mulai tolak Fairus

Imej si budak Fairus di Pulau Pinang khususnya di DUN Penanti yang diwakilinya semakin merudum. Yang secara tidak langsung turut mencalar imej keADILan dan Anwar Ibrahim di mata masyarakat pengundi.

Di kedai-kedai kopi, majlis kenduri kendara, kematian, pasar, masjid, surau. atau di mana sahaja tempat masyarakat berkumpul, sikap dan imej buruknya meniti dari bibir ke bibir. Rakyat mulai bosan. Mereka memprotes secara diam-diam.

Sehinggakan ada kakitangan kerajaan negeri pun berani bersuara, “bila lagi Anwar nak tukar TKM 1 ?”

Paling jelas pada sidang DUN lalu YB Farid Saad ( Adun BN Pulau Betong) secara terbuka menggesa si budak Fairus letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas, sungguh memalukan PR.

Sementara di akar umbi, kerosakan lebih parah.

Tidak hairanlah, jika ada antara mereka yang ‘pantang tok nenek’ bila nama si Fairus disebut. Maki hamun sumpah seranah akan terpancul spontan.

Bahkan ada kejadian si budak Fairus dimalukan- dia dilarang berucap hanya sekadar hadir majlis menyampaikan sumbangan bagi pihak lain. Lebih memalukan kerana kejadian berlaku di kawasan ‘hardcore’ Pakatan Rakyat di Kubang Semang pada 26 Oktober lalu.

Ekoran kejadian itu dia begitu bengang. Mulalah dia melalut, mencabar orang itu, mencabar orang ini, tunjuk lagak kononnya dia 'pendekar gayung'. Akhirnya dia terpaksalah menelefon pecacainya 'Din Kucing Merah' bagi mengetahui siapa dalang semua kejadian tersebut.

Oleh kerana cuba berlagak hero untuk pertahan si budak Fairus, 'Din Kucing Merah' akhirnya terpaksa meminta maaf berulang kali kepada pihak berkenaan, kerana gusar orang kampung akan memulaunya.

Sementara pada majlis Seminar Usahawan anjuran AMK Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pada 23 November lalu, menurut sumber kami, daripada 50 orang hadir, sebaik dia bangun berucap merapu, perlahan-lahan sebahagian peserta angkat kaki sehingga tinggal sekitar 18 orang sahaja.

Malah baner-baner berkaitan si budak Fairus yang direntang, pendek hayatnya. Kedua-dua baner ‘gergasi’ berimej si budak Fairus yang kerangkanya dibuat daripada besi, ditanam konkrit di persimpangan Kubang Semang dan Taman Guar Perahu ( kediaman si Fairus ) juga lesap tidak sampai seminggu selepas didirikan.

Semuanya kerana gara-gara si budak Fairus sendiri, rakyat sukar temui, mungkir janji dan menipu rakyat. Inilah padahnya apabila wakil rakyat tidak melaksanakan amanah rakyat, bercakap merapu dan asyik menipu rakyat.

Dia yang tinggal di Taman Guar Perahu, menjadi kera sumbang tidak bercampur gaul dengan masyarakat keliling. Jiran sebelah rumah pun dia tak kenal.

Masjid pun dia tidak pergi berjemaah, alasannya-sibuk. Khabarnya masjid Saidina Abu Bakar di tamannya itu, sejak menang pilihanraya Mac lalu baru dua kali dia menjejakkan kaki. Pertama sewaktu iringi Anwar solat Jumaat masa pilihan raya kecil, dan kali kedua sewaktu bulan Ramadhan lalu.


Kalau ada majlis kenduri kendara, atau kematian di kampung, susah nak nampak batang hidung. Daripada 20 jemputan, nak hadir satu pun susah. Asyik-asyik alasannya sibuk.

Selalunya jika ada kematian, dia mewakilkan pembantu khasnya Sdr. Zainal. Setakat jadi wakil sahajalah, sebab RM untuk sumbangan kepada keluarga si mati kena tanggung sendiri. Kalau ‘claim’ pun tak akan dapat. Punyalah kedekut tahi hidung masin !

Kalau beginilah keadaannya macam manalah nak jadi wakil rakyat berjiwa rakyat.

Jadi tidak hairanlah jika rakyat bawahan dah berani kata : “Dia mai kampung kami, kami akan lastik kepala dia.”

Apa yang nak kita jawab ?

Khamis, November 27, 2008

TERKINI : Anwar Ibrahim telah menemui 'formula terbaik' bagi menyelesaikan isu Fairus yang menjadi liabiliti kepada keADILan dan PR Pulau Pinang. Beliau dijangka mengumumkan sesuatu yang 'menggemparkan' sedikit masa lagi.

.

Rabu, November 26, 2008

Siri 11 - Mangsa Fairus : Aku akan maki dan ludah muka dia

“Kalau aku jumpa dia aku akan maki dan ludah muka dia di depan khalayak ramai.”

Tidak tergamak kami nak paparkan kata-kata tersebut. Namun atas prinsip ‘berkatalah benar biarpun pahit,’ kami perturunkan juga kata-kata keras itu, bagi menggambarkan betapa marah dan kecewanya si penutur terhadap si budak Fairus.

Semuanya gara-gara si budak Fairus menyeleweng wang yang mereka sumbangkan untuk membantu rakyat bawahan.

“Dia tak kenai aku siapa, aku anak jati Pulau Pinang, kut nanti dia tak boleh balik rumahnya di seberang,” tegasnya marah dan geram.

Kami dapat rasakan jika si budak Fairus berada bersama kami ketika itu, pasti beberapa batang giginya dah tercabut.

Tokoh korporat yang kami temui itu begitu kesal apabila mendapat tahu dia ditipu si budak Fairus.

Wang sebanyak RM 15,000 yang mereka sumbangkan si budak Fairus untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri DUN Penanti, yang diadakan pada 12 Oktober lalu, telah digunakan untuk kepentingan peribadi si budak Fairus-masuk koceknya.

Sebelum itu, ketika menemui tokoh berkenaan si budak Fairus memohon sumbangan kononnya untuk kegunaan perbelanjaan majlis rumah terbukanya.

Sebaliknya perbelanjaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan si budak Fairus menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Majlis berkenaan menelan belanja sebanyak kira-kira RM16,000.

Sementara duit raya untuk kanak-kanak berjumlah RM2000.00 pula mendapat sumbangan daripada rakannya seorang peguam yang pernah berkhidmat dengan Roslan Kassim.

Koperat berkenaan itu juga mendakwa telah menyumbang sejumlah RM40,000 kepada si Fairus termasuk membantu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kereta BMW RM275,000.00

Risikan kami mendapati selama ini, semua sumbangan si budak Fairus kepada beberapa kerat penduduk miskin diambil daripada peruntukan khas TKM 1 yang berjumlah RM500.000.00 setahun dan bukannya menggunakan sumbangan yang dipungutnya daripada tokoh-tokoh tertentu.

Nak harap sumbangan daripada duit kocek si budak Fairus sendiri ? Alamat tunggu kucing bertanduklah-kedekut tahi hidung masin. Rakyat di akar umbi dah tahu sangat tabiat tangkai jeringnya itu.

Apa yang sebenarnya berlaku, si budak Fairus mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai TKM mengumpul dana peribadi daripada tokoh tertentu, dengan alasan kononnya untuk membantu rakyat bawahan.

Mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat, tanpa banyak soal akan segera menghulur bantuan.

Korporat tersebut adalah salah seorang daripada sejumlah mangsa penipuan Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pihaknya juga jelas korporat berkenaan sedang menimbang untuk melaporkan hal berkenaan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Dia juga minta kami belikan dia kereta BMW berharga RM275,000.00 di mana ansuran bulanannya kami yang tanggung.

“Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni, dia dah melampau ni,” tegasnya yang merah padam mukanya.

Tambahnya, “kalau dia nafikan semua ini, aku bersedia berdepan dengannya, bagitau di mana sahaja, bila-bila masa. Aku juga bersedia jumpa Anwar Ibrahim.”

Isnin, November 24, 2008

Siri 10: Fairus nak saman Alahaiii…. kami minta maaf… !

Kami pakat gelak sampai berguling-guling macam beruk termakan tapai, apabila dapat tahu yang si budak Fairus nak report polis, nak saman ‘boyot-boyot’ Alahai… Fairus TKM 1 Penang pasai duk ‘perburuk’ dia yang dah sememangnya buruk. Dia benar-benar bengang kat Alahaiii…

Kami tergelak terbahak-bahak bukan apa, pasai duk pikiak kat mana nak cekau RM juta-juta nak bayar saman kat si budak Fairus. Kami rakyat marhaen,sengkek mana ada duit sebanyak tu….

Kalau dia jadi saman… woooo…oooo, kayalah TKM 1 Penang lepas ni…Dia tak perlu lagi duk risau kalau dia kena ‘sembelih’ lepas ni. Tak jadi TKM pun tak pa dah …. Dah kaya ! Baaaanyak cantikkkkkk mukaaaaa !

Tapi kami pun heran, dia nak saman kami atas isu apa ? Fitnah ? Apa yang kami fitnah ?

1. TKM 1 kaki tidur dalam mesyuarat tu fitnah ka ?

2. TKM 1 kaki kelentong tu fitnah ka ? ( Adun BN -YB Farid pun kata TKM 1 penipu pada sidang DUN lepas )

3. Alasan selalu sakit perut tu fitnah ka?

4. TKM 1 penakut pianggggg…tu fitnah ka ?

5. Anwar Ibrahim kata macam-macam kat si budak Fairus cara berdepan tu fitnah ka… ?

6. TKM 1 duk merapu kena tembak 16 peluru tu fitnah ka ?

7. TKM 1 duk kelentong rakyat kata Anwar nak lantik hang jadi TPM tu fitnah ka ?

Nak kami bawa bukti hidup berdozen-dozen ? Depa la semua duk tunggu nak jadi saksi kami saja. Kut nanti si budak Fairus lari tak cukup tanah pulak … tak pa sampai masa nanti kami bawa berderet bukti hidup, siap dengan dokumen ! Jenuh dia duk nafi bersumpah macam Ezam, macam Saiful !

Jadi… kalau rasa nak cepat kaya teruskan usaha dengan peguam YB Jason Ong Khan Lee, Adun Kebun Bunga. Mana tahu untung-untung si budak Fairus boleh tolong rekomen jadi Yang Dipertua MPPP yang diidamkan tu…. Haaa..haaa…haaaa

Cuma kami nak ingatkan kat YB Jason, hang tok sah duk jadi pecacai dia. Hang tu PKR bukannya MCA ka Gerakan… otak tu kena cuci sikit la. Biar dia sorang sudahlah bangang, hang jangan bangang sama.

Tapi, baguihhhhh juga kalau si budak Fairus saman kami, lepas tu kami saman dia plak, tuntut gantirugi juta-juta, boleh kami faraid sama-sama ! Hee..hee….kami kaya, kami kaya.

Ini kami baru dapat lagi satu info dan dokumen … besar punya kes ! Anwar pun dah tau kes ni ! Akan meletup ! Tungguuuuuu ……

Kami khuatir

Cuma kami khuatir satu saja… siri Alahai…. ini tak boleh bersambung banyak siri macam Hikayat Khairi yang Raja Petra buat kat Malaysia Today tu, sebab nyawa politik si budak Fairus dah tak panjang dah…. tak lama dahhhhh… tunggu masa saja dia nak kena ‘kick’.

La ni pun dah ada kawan-kawan yang duk asah parang, bukan nak sembelih si budak Fairus la ‘ngok’ depa nak sembelih ayam buat kenduri kesyukuran pasai si budak Fairus dah nak kena ‘kick out’.

Si budak Fairus bukan tau apa yang kami tau…sebab abang dia yang dia lantik jadi intelegent @ penasihat khas-‘ngong’ macam dia jugaklah… mangkuk hayun.

Ni lagi satu, Guan Eng kena ambik perhatian…abang dia yang mengaku nama Dr Mohamad Feardaus, baru berumur sekitar 35 tahun ni duk guna lambang kerajaan negeri di kad bisness dia… dia ni bukannya kerja dengan kerajaan negeri pun...dia jadi runner adiknya !

Entah dah berapa banyak dia duk buat 'deal' dengan orang ramai, entah dah berapa banyak tokoh perniagaan kena kelentong dengan dia yang mewakili adiknya yang secara tidak langsung mewakili kerajaan negeri… makna kata penyalahgunaan lambang, menipu jugak la tu …. 2 X 5 dengan adiknya. Bila dia buat tahi, PR Pulau Pinang gak yang jadi mangsa !


( Kad bisnes abang TKM 1 -Dr Mohd Peardaus menyalahguna lambang kerajaan negeri P.Pinang )

Buat Dr Peardaus,

Apa macam jadi ka, pelan hang dengan adik hang bersama Omar Lawyer nak buka akaun bank Al-Rajhi kat Penang hari tu, sebab nak bawa masuk duit juta-juta, yang hang pelan untuk songlap duit komisen tu, jadi ka…. ?

Haaa..haaaa… hang ingat hang sorang saja ada intelegent ? Intelegent kami lagi ramai, ada di mana-mana…ha..ha..haa.. !

Hang pun pernah pi mengaku kat Pengurus Bank tu, yang hang adalah Ketua Inteligent TKM 1… hang jugak pernah janji dengan dia kononnya boleh guna pengaruh adik hang, untuk pindahkan semua akaun bank kerajaan negeri sekarang ke akaun bank AlRajhi… itu projek ada jalan ka… haa…haaa !

Maaf la YB Mohd Fairus Khairuddin… semua ni kami nak kena dedahkan…demi rakyat Pulau Pinang. Kalau nak saman kami samanlah…kita jumpa di mahkamah. Banyak lagi kami boleh dedahkan nanti….haaa…haaa…haaa….

SIRI 11 : Mangsa Fairus: Aku akan maki dan ludah muka dia.

.

Jumaat, November 21, 2008

Respon pembaca Alahai... ( 2)

Daripada Moron Gila ( tanpa suntingan )

Kwn saya bagitau masa dia chaired satu mesyuarat dgn Jabatan agama Islam Negeri..dia ada sebut bhw setiap kali dia ada masa dia akan ronda dgn motosikal atau kereta dia p roung tgk gejala maksiat yg berlaku terutamanya di kawasan DUN dia (mana lagi kalau bukan Mengkuang DAM---kira2 dia ni MAT SKODENG la..)..dia akan p tegur mana2 couple yg buat tak senonoh..ni nak habaq mai..dia lagi teruk lagi mau p advise orang ka...kadang2 aku pikiaq kartun sungguh la si fairus ni..sewel pun mungkin jugak...

Anyway aku sokong la blog ni diwujudkan..'bercakap benar biaq pun pahit...

Aku harap si fairus sewel ni letak la jawatan dia..jgnla dok salahkan orang lain..memang hang tak layak jadi TKM..menipu ni dah jadi tabiat semula jadi hang..jgn la dok berpura-pura..konon nak ajaq anak muda jadi golongan al-amin (dia ceramah masa maulidut rasul hari tu) ..ramai yg teruja dengar dia cakap..termasuk la aku sekali..tapi bila dah tau siapa dia sebenarnya..hampehhh...

Yg pernah kena tipu dgn tkm sewel...


Khamis, November 20, 2008

Respon pembaca Alahai.....Fairus & Kelantan

Daripada : Hj Nor

Aku tidak terkejut dengan apa yang berlaku terhadap TKM 1 Pulau Pinang ini. Bahkan, aku rasa ianya begitu bagus sekali untuk diketahui umum bahawa siapa sebenarnya Fairus ini. Aku pun berasa pelik jugak dengan tingkah laku beliau selepas menjadi TKM 1 ini, beliau banyak kali datang ke Kelantan, semuanya bukan lawatan rasmi .. tetapi lawatan tidak rasmi ... heheheh ...aku tahu kenapa ...

1. Kelantan negeri yang lama dikuasai oleh PAS dan ada di kalangan ahli KeADILan yang bergiat cergas mengaut keuntungan daripada pemerintahan PAS.

2. Beliau selalu ke hulu ke hilir bersama dengan Zamakhsari Ibrahim (bekas ketua AMK Kelantan) yang sekarang ini kaya raya lahir daripada celahan-celahan balak-balak dan ladang-ladang rakyat di Kelantan.

3. Mengatur strategi untuk bertanding jawatan Ketua AMK Malaysia pada tahun hadapan dan kebanyakkan penasihat beliau adalah dari Kelantan seperti Hj Saufi (yang keluar parti) kerana tidak dapat jawatan.

Aku diberitahu oleh JK Perhubungan Kelantan bahawa si Fairus nih datang ke Kelantan tanpa memberitahu kepada Perhubungan Negeri Kelantan, beliau datang ke Kelantan hanya kerana di 'invite' oleh Zamakhsari dan hanya di kelilingi oleh pemuda-pemuda Kelantan yang tiada intergriti.

Semoga Lim Guang Eng berjaga-jaga dengan Zamaksari ini ... dia sekarang berkerjasama dengan Fairus untuk masuk berniaga di Pulau Pinang dan melobi Fairus menjadi Ketua AMK tahun depan ...

Kami mengalu-alukan respon pembaca tentang tingkah laku si budak Fairus selama ini. Sebarang maklumat hubungi kami di : budakselayang@gmail.com


Siri 9 : Fairus dakwa ada konspirasi hendak jatuhkannya

Enggan muhasabah diri- inilah salah satu masalah mental yang mengikat kepala hotak si budak Fairus, asyik menuding jari menyalahkan orang lain bagi menutup kesalahan diri sendiri.

Semua orang salah, hanya aku seorang betul - sampai kiamat pun masalah sikap buruknya sejak azali itu tidak akan selesai. Kalau dah dia sendiri tidak mahu membaiki kelemahan dirinya, apa diharap orang lain.

Nak harap Anwar Ibrahim ?

Dah berbuih mulut ‘pak sheik’ tegur. Bukan setakat tegur, hatta pujuk dan hentam marah pun dah dibuatnya.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan pada peringkat awal dulupun Anwar dah bentuk jawatankuasa khas- ahlinya Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim, Setiausaha Negeri Mustafa Kamal Yusof dan ahli MPT Dr Mansor Othman untuk membantu si budak Fairus.

( The Star - 20 Nov 2008 )


Tapi lain pula jadinya. Mereka yang ikhlas untuk membantu, dituduh pula datang untuk mencari kesalahan dirinya, bahkan tak pasal-pasal Dr Mansor pula dituduh mengidam jawatannya. Last- last mereka inipun tak tahan…..frust, cabut !


“You ni datang, nak ambik tempat I ye ?” demikian antara kata-kata si budak Fairus kepada Dr Mansor.


Punyalah mangkuk ayun si budak Fairus ni. Dr Mansor hanyalah bekas calon PKR, bukannya ADUN. Macam mana dia nak ambik tempat TKM…bangangggg.

Suatu ketika, hal ini ditanya oleh salah seorang ahli Majlis MPSP Johari Kassim, di depan teman-teman, bagaimanapun si budak Fairus seperti biasalah akan bermati-matian menafikan dia pernah berkata begitu kepada Dr Mansor.

Tetapi dengan tiba-tiba si budak Fairus terkancing gigi, apabila Johari berkata, “ Dr. Mansor sendiri yang bagitau I.”

Haaaa…kan dah kantoiiiiiii…nak menipu lagi ?

Salahkan Malik pula ….

Semalam selepas Mohd Farid Saad ( BN Pulau Betong) menggamatkan sidang dewan kerana menggesa si budak Fairus, meletak jawatan dan digantikan oleh ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim, dihalanya pula tuduhan, semua itu konspirasi Abdul Malik dengan Adun Umno.

Menurut intelegent kami, sebaik dia dibelasah di dalam dewan, si budak Fairus mula meraih simpati daripada Adun-adun PR, dengan menyalahkan Abdul Malik kononnya membocorkan maklumat kepada Adun Umno tentang salahlakunya.

Hee deeiiiii ….. masa Lu dalam dewan, Lu diam-diam tarak mau cakap, Lu cabut lari, orang hentam sama Lu, sampai Umno kata sama Lu TIPU pun, Lu diam-diam jugak duduk, tarak cakappp, sekarang luar dewan Lu mau cucuk sana, cucuk sini, apa pasai ? Lu tak ada tulurrrrrr ka ?

Lu tarak tau ka, itu maklumat bukan bawah akta OSA la, semuanya boleh dapat daripada pejabat SUK la…

Berapa kali Lu buat meeting MMK, berapa banyak Lu tidur dalam meeting, berapa kali Lu ponteng mesyuarat, berapa banyak Lu sakit perut, berapa banyak Lu ‘claim’ sebulan, berapa banyak Lu sapu duit minyak kereta rasmi untuk Lu guna sendiri… semuanya ada rekod laaaaa.

Lu tarak tau ka ? Itu komtar masih banyak saki baki penyokong Umno la, Lu tarak tau ka itu semuaaa ?

Ayoyooooo…itu Lu punya Ketua Inteligent @ Penasihat Peribadi Lu, Dr Pirdaus Khairuddin, Lu punya abang yang tiga suku macam Lu, tarak bagitau sama Lu ka ?

Sia-sialah Lu rekomen pingat PKT ( Pingat Kelakuan Terpuji ) sama Lu punya abang hari tu…

Lu tau ka, itu Anwar Ibrahim pun ada terkejut ooooo… bila Lu punya abang, angkat itu pingat dari Gabenor di depan-depan ‘pak sheik’ hari tu….

Ayomaaa…ayopaaa…masa tu baru tiga bulan perintah Pulau Pinang Lu sudah tunjuk Lu punya samdol laaa…..

Haaaaa…sebelum ‘macha’ lupa, apa macam Lu punya ‘Projek Petronas juta-juta’ guna proksi Persatuan Nelayan sama Lu punya abang, sama Omar lawyer sama itu Pak Su Senik, bila mau start ?

Bila projek sudah jalan, jangan lupa sama ‘macha’ sama la, kasi ‘macha’ sikit syer la, ‘macha’ pun mau angkat komisen jugakkkk … ‘macha’ pun mau hidup maaaaa…. !

Haaa..haaa..haaa…

Nanti kita jumpa lagi....ada banyak kotak lagi ni, lebih daripada 6 kotak yang Ezam ada …





Rabu, November 19, 2008

Siri 8: Adun BN desak Fairus letak jawatan…hancus

Kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sepandai-pandai menipu, akhirnya orang tahu juga.


Inilah yang berlaku kepada si budak Fairus pada sidang DUN Pulau Pinang pagi tadi ( 19 Nov), apabila YB Farid Saad (BN Pulau Betong) menggesa TKM 1 si budak Fairus meletakkan jawatan kerana gagal tunaikan tugas, antara lain kerana menipu.

Farid turut menyenaraikan salahlaku buruk si budak Fairus, sepanjang lapan bulan menjadi TKM 1, termasuk menipu dewan ketika menjawab soalan lisan pada sidang Dun lepas.

Si budak Fairus hanya tersengih macam kerang busuk ketika itu. Rakaman sidang tu boleh ditonton di http://www.vttv.tv/dunpenang/vod.html#

Selain mengungkitkan tentang si budak Fairus tidak hadir majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri 31 Ogos lalu, dan teguran Anwar Ibrahim kepada si budak Fairus kerana jarang turun padang, Farid turut mendedahkan penipuan si budak Fairus pada sidang dewan lalu.

Farid membuktikan dengan menyenaraikan bilangan hari mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di bawah fortfolio si budak Fairus dan beberapa Exco lain.

Menurut Farid, MMK Tanah di bawah fortfolio Ketua Menteri Lim Guan Eng telah bermesyuarat sebanyak 27 kali dengan memperkenalkan 5 dasar yang dianggapnya sebagai cemerlang.

Cuba kita bandingkan MMK di bawah si budak Fairus dengan prestasi Lim Guan Eng seperti didedahkan pada sidang DUN Pulau Pinang.

1. MMK Agama : 3 kali bermesyurat semuanya dalam bulan Julai lalu, pada minggu pertama, kedua dan ketiga, tiada dasar baru diperkenalkan.

2. MMK Pembangunan dan Koperasi : 4 kali bermesyuarat sekali pada Mei dan 23 Okt,7 Nov dan 11 Nov, juga tiada dasar baru diperkenalkan.

“Mesyuarat ini saya rasa dibuat selepas saya tanya soalan ini ( sidang Julai ). Pada sidang pertama dulu saya tanya, dia ( Fairus ) jawab tiga kali mesyuarat- dia TIPU saya, sebenarnya baru sekali mesyuarat,” tegas Farid.

Farid turut mencadangkan jawatan exco Agama yang disandang oleh si budak Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri ini.

"Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai exco agama, beliau ( si budak Fairus) tidak diberi kepercayaan.

Demi menjaga maruah orang Melayu dan Islam, tegasnya lagi si budak Fairus perlu letak jawatan kerana dia tidak layak memegang jawatan tersebut.

"Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi timbalan ketua menteri. Berikan sahaja jawatan itu kepada Adun Batu Maung yang begitu aktif," katanya.

Farid berkata penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana si budak Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

Fairus cabut lagiiiiii ... memalukan PR

Pada sidang semalam pun , si budak Fairus TKM 1 kuda kayu ini memalukan lagi Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, khususnya Melayu @ Islam.

Ketika YB Shahbudin Yahya (BN Permatang Berangan) berbahas tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR), yang sepatutnya dijawab oleh Exco Agama iaitu si budak Fairus, tetapi yang bangun jawab secara spontan ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Minggu lepas (hari pertama sidang DUN 13 Nov) selepas cabut lari keluar dewan dengan alasan biasanya-sakit perut ( siri 3 ) bagi mengelak menjawab soalan bertulis, meskipun pun jawapan bertulisnya dah tersedia di atas mejanya, si budak Fairus buat hal lagi hari semalam (18 Nov) ….dia cabut lagi !

Turut hadir ikuti sidang DUN semalam ialah Setiausaha keADILan Pulau Pinang Mustaffa Kamal Yusof dan bendahari keADILan Permatang Pauh Sim Bak Seong.

Dalam perbahasan bajet 2009, wakil pembangkang Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) menyentuh soal perletakan jawatan si Fairus sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang pada bulan lepas. ( Nanti kami dedahkan sebab sebenar dia letak jawatan )

Secara sinis wakil Umno itu mencari di mana si budak Fairus bekas Presiden FAP.

Ada suara menyampuk ‘dia player.’

Aduhhhh …… si budak Fairus hilang lagi.

Siri 9 - Fairus dakwa ada konspirasi jatuhkan dia

Isnin, November 17, 2008

Siri 7 - Sah : Fairus penakut pianggggg !!

Dia begitu berbangga - selalunya di pentas ceramah atau perjumpaan kumpulan kecil dia akan mendabik dada, bercerita kononnya dia hebat, hinggakan 16 peluru yang dihala kepadanya tidak tembus badannya. Yang mendengar terlopong ternganga-percaya, maklumlah yang sedang bercakap adalah Timbalan Ketua Menteri.

Andailah ilmu kebal memang wujud, nescaya nabi akan mengajar umatnya tentang ilmu kebal, tentulah pada zaman nabi tidak ada yang mati syahid. Itupun ada yang tidak boleh fikir.

Sepatutnya mereka yang percaya itu buat ‘test’. Bagitau si budak Fairus mereka nak buat ujian. Kalau lulus ujian ini baru percaya.

Ujiannya mudah sahaja, pi ambik senapang patah, tembab kat kepala dia, petik picu, pangggg…tengok, berterabur ke tidak otak penipu dia tu !

Fairus….Fairus sudahlah hentikanlah duk kelentong rakyat. Tumpukan tugas membela rakyat, ubah sikap buruk yang dah jadi darah daging yang menyebabkan hang dibuang kerja oleh syarikat Hong Leong Ansurance dulu. ( Kita akan sampai bab ini nanti )

Mungkin cerita daripada sumber sahih kami ini, boleh memberikan kita jawapan tentang kehebatan @ kaki kelentong budak Fairus ini. Mari kita kongsi bersama, biar pembaca Alahai.. Fairus menilai cerita-cerita ini.

Cerita 1-Si Fairus kecut telog

Cerita ini kami perolehi daripada Gurulatih Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia yang juga bekas tok guru silat si budak Fairus sendiri. Kami panggil dia Mat, kini sedang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Anwar Ibrahim di KL.

Sebelum si budak Fairus jadi calon keADILan dan seterusnya jadi TKM1, kedua-dua mereka ini pernah bersahabat dan pernah tinggal serumah di Ibu Kota.

Menurut Mat, pada suatu hari mereka berdua berkereta ke suatu destinasi. Sebaik urusan selesai kereta yang diparkir tidak boleh dipandu keluar kerana dihalang sebuah kereta lain, milik seorang samseng Cina.

Sama ada perbuatan itu disengajakan atau kebetulan Mat tidak dapat pastikan.

Mat kemudiannya arah anak muridnya si budak Fairus meminta samseng tersebut mengubah kedudukan keretanya, tapi tidak diendahkannya. Sebaliknya samseng tu siap ugut si budak Fairus, kalau berani ubahlah kereta dia.

Bila kena ugut, si budak Fairus pucat terketar-ketar dan berlalu ke kereta mereka dengan muka pucat lesi.

Oleh itu, giliran Mat pula mengambil tempat, tapi kali ini dia dapat habuan. Diserang secara tiba-tiba dan ditumbuk di perut oleh samseng tersebut. Dalam keadaan mengaduh kesakitan Mat merangkak ke kereta lalu mencapai sebatang kayu yang sedia ada dalam keretanya.

Lalu kayu itu dihayun sekuat hati dan hinggap di betis kering samseng berkenaan menyebabkan si samseng mengeluh kesakitan dan terpaksa mengalah.

Ketika itu di mana si budak Fairus ?

Ha…haaa…haaaa … menurut Mat si budak Fairus hanya duduk diam dalam kereta langsung tidak tolong dia. Telog si budak Fairus dah kecut, anunya pun dah serot ke dalam.

“Binawe punya kawan….” kata Mat.

Cerita 2-Si Fairus menangis dibelasah

Cerita ke-2 ini kami perolehi dari Gelanggang Utama Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia di Gurun, Kedah milik Mahaguru Datuk Majid Isa atau lebih dikenali Cikgu Majid. Dia sahabat baik Anwar Ibrahim yang pernah ditabal sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayung.

Gelanggang ini dijadikan pusat latihan utama, juga tempat penganugerahan bekung silat. Si budak Fairus salah seorang bekas penuntut di situ. Biarlah pemberi maklumat itu kami rahsiakan identitinya. Yang pasti mereka ini pernah bersahabat dengan si budak Fairus.

Menurut empunya badan yang terbabit langsung dengan cerita ini, kerana terlalu bangga akan kehebatan dirinya, si budak Fairus telah diuji. Ujian tersebut tidak termasuk dalam skima latihan.

Berpakat dengan dua tiga rakannya mereka mengajak si budak Fairus ini ke dalam sebuah bilik di pusat latihan itu. Di dalam bilik tu, mereka mencabarnya bertarung bagi menguji kekuatan.

Keputusannya si budak Fairus kecundang TKO, sampaikan menangis teresak-esak memohon ampun daripada mereka.

Cerita 3 – Si Fairus takut ‘hantu’

Cerita ketiga ni lagi seronok….cerita ‘hantu’ mengganggu rumah sewa si budak Fairus di Taman Guar Perahu yang didiaminya sekarang. ‘Hantu’ tu menggoncang pintu dan mencakar dinding serta tingkap rumah dia.

Pada malam menyeramkan tu….jeng…jeng…jeng…mengesahkan si budak Fairus rupa-rupanya Pendekar Tahi Kucing…confirm.

Dia tak tahu, sebenarnya 'hantu' itu kami yang hantar ...haaa…haaaa…haaa… lain kalilah kita cerita kisah ni.

Siri 8 :
Adun BN desak Fairus letak jawatan...hancusss !


Ahad, November 16, 2008

Siri 6 - Fairus : 16 peluru pernah hinggap di badan saya

Hebat cukup hebat, rasanya tidak ada pemimpin lain, hatta di muka bumi ini sehebat TKM 1 Pulau Pinang ini.

Selepas merapu dengan cerita Anwar akan lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri, ( siri 5 ) budak Fairus terus asyik bercerita ke hulu hilir menjaja koleksi cerita fiksyennya, selain pertahan diri kononnya dia dianiaya dan difitnah oleh pihak yang cemburukannya. ( rujuk keratan The Sun 24 Oktober 2008 - klik gambar untuk besarkan imej )

Manakala akhbar Siasah turut diugut untuk disaman kerana menyiarkan kritikan Anwar terhadap dirinya. Wartawan Siasah berkenaan juga telah dipanggil ke pejabatnya Ramadhan lalu.

Kami difahamkan Siasah masih menunggu surat saman daripada budak Fairus yang belum muncul-muncul hingga kini. ( Nanti kita cerita tentang hal ini ).

Berita berkaitan Siasah akan disaman boleh dilayari di sini.

Bagi menggambarkan lagi betapa dirinya hebat, budak Fairus turut ‘membongkar rahsia’ dirinya selama ini- pernah ditembak 16 peluru, tapi tidak memberi apa-apa kesan ( kononnya kebal lah tu ).

Kami berani bertaruh -potong ayam, tidak ada mana-mana pemimpin PR yang berjuang sejak era reformasi tahun 1999 sehingga kini badannya pernah ditembusi 16 butir peluru, melainkan hanya budak Fairus si pendekar gayung tahi kucing ini.

Beberapa teman dan pimpinan keADILan yang kami temui, mengesahkan budak Fairus pernah menceritakan kepada mereka hal ini, dia pernah ditembak 16 peluru di badannya semata-mata berjuang membela rakyat sejak zaman reformasi lagi.

“Saya telah berjuang selama 10 tahun, sentiasa berada di barisan depan, pernah kena belantan FRU, 16 peluru hinggap di badan saya, semata-semata berjuang demi rakyat,” omong budak Fairus kepada mereka.

Berjuang 10 tahun ? Berada barisan depan ? Bila kami semak dengan para reformis tahun 1999, tiada sesiapapun kenal budak Fairus ni !

Nampak macam kartun cerita yang kami paparkan ini, tapi itulah realitinya betapa kemuruknya budak Fairus ini.

Budak Fairus tidak perlulah bersumpah ala Saiful @ Ezam seperti amalannya sekarang, khuatir makin bertambah koleksi sumpah palsunya-takut nanti TKM 1 dimakan sumpah pula.

Semua cerita fiksyen itu dijajanya bagi menyakinkan rakyat Pulau Pinang, khususnya bagi meraih sokongan pengundi Penanti yang sebelum ini langsung tidak kenal dirinya.

Ini kerana dia jadi calon Penanti, Permatang Pauh secara bidan terjun dibawa khas dari Selayang, Selangor oleh Anwar Ibrahim.

Banyak lagi koleksi pembohongannya dan salahlakunya akan kami paparkan, termasuk dia songlap wang kerajaan rakyat Pulau Pinang….tungguuuuu !

Alahai…. Fairus, mengapakah engkau dilahirkan ke dunia ini ?Masa kecik-kecik tak nak mampussss, dah besar asyik menipu oranggggg !

Siri 7 : Sah - Fairus penakut pianggggg !!

Siri 5 - Fairus : Anwar sedang persiap saya sebagai TPM


Bertuah sungguh orang Pulau Pinang kerana mempunyai seorang pemimpin ‘hebat’ yang sedang dipersiap oleh Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebaik PR menerajui kerajaan pusat nanti.

Nak tahu siapa ? Orangnya tak lain tak bukan ‘pemimpin’ merapu Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah dipilih oleh Anwar menjadi TKM 1 Pulau Pinang.

Ini bukan cerita rekaan, ini bukan cerita kartun, ini bukan cobaaaannnn. Ini betul-betul kerana sumber ini datangnya dari mulut budak Fairus sendiri.

Kalaulah cerita ini tak betul, mana mungkin budak Fairus sendiri akan membuka mulut kepada teman-teman dari pimpinan PR, termasuk Angkatan Muda, Wanita dan beberapa pegawai kerajaan di Komtar.

“Anwar Ibrahim pilih saya jadi Adun, kemudian lantik jadi TKM 1 dan sekarang sedang mempersiapkan saya untuk jadi Timbalan Perdana Menteri. Selepas ini saya akan bertanding kerusi Parlimen. ”

Demikian antara omongan budak Fairus kepada teman-teman kami.

Dan seperti biasa, bagi mereka yang tidak kenal wajah ‘manusia jelmaan’ ini pasti teruja dan tidak kurang yang terpegun mendengar ‘kehebatan’ TKM 1 ini.

Bagaimanapun risikan kami dengan pimpinan tertinggi keADILan, mempunyai cerita di sebaliknya.

Menurut sumber, Anwar dikatakan dah fe-up dan ‘pening kepala’ dengan masalah budak Fairus sekok ini.

Bukan sekali kata sumber itu tetapi dah ‘berbuih mulut’ Anwar menegur budak Fairus berhubung sikap dan prestasi kerjanya.

Bagaimanapun teguran tersebut bagai menyiram air ke daun keladi, umpama mencurah garam ke laut - masuk angin keluar asap.

Kata teman kami, ini kerana kulit muka dia tebal, lebih tebal daripada kulit babi.

"Apa perkataan yang tidak keluar dari mulut Anwar, hatta sampai tahap ‘memaki hamun’ dia di depan pimpinan lain," kata sumber kami.

"Aku kutip hang daripada tak dak apa, sampai lantik hang jadi TKM.” Anwar betul-betul bengang dengan budak ini tambah sumber kami itu lagi.

Malah katanya lagi, Anwar juga sampai pernah beri kata dua kepada budak Fairus :

"Kalau hang nak keluar parti, hang pi lah."

Dan seperti biasa, budak Fairus buat muka sardin tersengih macam kerang busuk.

Bersambung Siri 6 : Fairus : 16 peluru pernah hinggap di badan saya.

Sabtu, November 15, 2008

Siri 4 : Fairus kaki Zzz…..Zzz….Zzzz

Kalaulah Pak Lah cukup sinonim tabiat suka tidur dalam majlis, apa kurangnya dengan budak Fairus TKM1 ni.

Tapi Pak Lah bolehlah kita maafkan, sebab beban kerjanya yang berat berbanding umurnya dah menjangkau 70-an. Lebih-lebih lagi selepas Pak Lah dapat Jean, maka makin banyaklah benda yang perlu dikerjakannya.

Berbanding budak hingusan yang baru berusia 32 tahun ni. Masih steady, binipun masih seorang buat masa sekarang. Tentulah agak pelik kalau Pendekar Bujang Lapok akan longlai lentok dalam mesyuarat, hatta mesyuarat Exco negeri.

Cerita ni sebenarnya dah cukup popular di Penang pada awal-awal pemerintahan PR. Tapi sekarang orang dah tak kisah, dah meluat walaupun tabiat buruk suka tidur dalam mesyuarat ni terus berlaku.

Sehinggalah baru-baru ini, intelegent kami bagitau Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri terpaksa tegur budak Fairus secara terbuka di depan para Exco, Setiausaha Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.

Dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, ketika orang lain sedang berbahas pelbagai perkara berkaitan kebajikan rakyat, si budak Fairus ni teruskan aktiviti lamanya- Zzz….Zzz…Zz.

Dia bukan peduli sesiapa, dia rasa nak Zzz…Zzz…Zz..Zzzz. dia …Zzz…Zzz…Zz. Hangpa nak kata apa, katalah aku peduli apa, janji mata kena layan.

“Saya kena kejutkan youlah, sebab saya dapat banyak ‘complain’ dari luar, yang kata CM sengaja biarkan you tidur dalam mesyuarat,” demikian lebih kurang tegur Guan Eng pada budak Fairus semasa mengejutkan dia yang sedang buat tahi mata dalam mesyuarat Exco baru-baru ni.

Fuhhhh…bayangkan kalaulah boss tegur kita macam tu, mana nak letak muka. Tapi budak ni, selamba ja tersengih macam kerang busuk.

Budak Fairus tak pernah nafikan bab ni. Cuma dia selalu mempertahankan diri dengan alasan bodohnya.

“Bukan saya sahaja tidur dalam mesyuarat, orang lain pun tidur juga. Guan Eng sendiri pun tidur dalam mesyuarat. Saya ada bukti kukuh, saya ada foto.”

Ini antara alasan yang diberikan kepada orang ramai, bila perkara ini diajukan kepadanya.

“Gila ka, kalau dia tidur, Guan Eng pun tidur siapa yang nak pengerusikan mesyuarat,” kata teman kami.

“Ya tak ya juga,” kami sama-sama ketawa.

“Sah, budak ni tak boleh pakai,” ujar seorang lagi teman.

Dalam kejadian lain, seorang teman yang pernah hantar proposol berkenaan suatu projek kepada budak Fairus pun menceritakan perkara yang sama.

Teman dari syarikat PERNEC tu bersama dengan bosnya dan seorang lagi pegawai pernah bertemu budak Fairus di pejabatnya di Tingkat 52 Komtar.

“Kami punya bersemangat buat ‘presentation melalui projektor LCD, alih-alih tengok dia duk tidur baik punya,” cerita teman tadi.

“Last-last presentition ke mana, projek ke mana, sampai sekarang habuk pun tarak,’ kata teman yang bertemu budak Fairus pada bulan April lalu.

Alahai….. Fairus kalaulah Pak Lah orang meluat kerana sikap lembiknya dan suka tidur, jadi apa kurangnya dengan TKM 1.

Aduhhhh….malang sungguh Pulau Pinang hancusssss dapat ‘pemimpin’ Melayu yang hampehhh !

Bersambung ... Siri 5 : Fairus : Anwar sedang persiap saya sebagai TPM

Jumaat, November 14, 2008

Siri 3: Fairus ‘sakit perut’ di sidang DUN P. Pinang

Berita ini kami baru terima pagi tadi, kerana ada kaitan dengan bab ‘sakit perut’ mari kita berkongsi ‘cerita kartun’ ini .

Tarikh : 13 November 2008
Masa : 11.00 pagi
Tempat kejadian : Dalam dewan sidang DUN Pulau Pinang kali ke-12

Pada hari ini, hari pertama sidang DUN Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui internet di http://www.vttv.tv/dunpenang/live.html mulai 13 November sehingga 20 November.

Ada kisah yang macam lucu, tapi nampak sangat budak Fairus ni bertindak bodoh dan penakut piang nak berdepan dengan ‘pembangkang BN’ di dewan. Dia lari lintang pukang tinggalkan medan ‘peperangan’, dengan alasan biasa- sakit perut.

Walaupun di luar dewan, acapkali ketika berceramah ungkapan ‘Saya tidak akan berundur walaupun selangkah untuk mempertahankan…bla…bla..bla…

Rakyat tercongok yang tak tahu apa-apa pun bertepuk tangan, maklumlah TKM akan membela mereka.

Namun, pendekar tahi kucing yang selalu berbangga dengan silat gayungnya ini, lari lintang pukang bila soalan berkaitan portfolionya disoal dalam sidang dewan undangan negeri, walaupun jawapan bertulisnya telah siap sedia atas mejanya.

Sepatutnya soalan bertulis daripada ADUN PAS Hamdan Abdul Rahman itu dijawab oleh budak Fairus sepertimana yang ditetapkan dalam mesyuarat exco, tapi lain pula jadinya.

Soalan nombor 5 berkaitan JKKK yang bawah potfolionya itu berbunyi ‘Apakah kriteria yang digunapakai oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi pelantikan JKKK baru.’

Budak Fairus Ghaib

Setelah menyedari gilirannya yang akan tiba, budak Fairus yang duduk di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan TKM 2 Prof Ramasamy, mula cari helah angkat kaki keluar dewan.

Guan Eng yang sedar Timbalannya ghaib, mula mengarahkan staf dewan mencari budak Fairus di luar dewan dan menjemputnya masuk.

Tapi apa yang berlaku, beberapa minit kemudian staf tersebut memaklumkan budak Fairus memberitahunya, dia ‘sakit perut’ dan meminta Exco lain tolong jawab bagi pihaknya.

Jadi, bagi nak menjaga air muka kerajaan negeri, Guan Eng meminta salah seorang Exco Abdul Malik Kassim menjawab soalan tersebut.

Ini bukannya kali pertama budak Fairus itu bertindak demikian. Pada sidang Dun kali pertama dulu selepas PR memerintah, si budak Fairus membuat tindakan yang sama. Ghaib tidak menjawab soalan nombor 1.

Yang menjadi mangsa-Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri kena jawab demi menjaga air muka kerajaan negeri PR.

Dia bukan sahaja membisu seribu bahasa sepanjang perbahasan dewan lalu, malah kerap kali masuk lewat dalam dewan. Budak Fairus ni hanya membaca teks pada sesi pengulungannya di akhir persidangan dewan. Waktu-waktu lain mulutnya terkunci rapat ! Alahai ….. Fairus TKM 1 Penang.

Bersambung Siri 4 : Fairus kaki Zzz…..Zzz….Zzzz


Siri 2 : Sakit perut, anak sakit, ziarah mayat sinonim dengan Fairus


Tengok gaya budak Fairus berpidato di pentas ramai yang teruja-itu kelebihannya Takkan ada sesiapa pun akan percaya kalau susuk yang sedang ‘menggoreng’ tu, bukan setakat berjaya ‘goreng’ pendengar, bahkan de facto Anwar Ibrahim pun berjaya ‘digorengnya hidup-hidup’. ( Nanti kami ceritakan bab lain bagaimana Anwar ‘digorengnya hidup-hidup’).

Nah ...kini setelah kenal wajah sebenar budak Fairus ni, Anwar sendiri sedang mati kutu, mati akal bagaimana nak singkirkan budak ni dari jawatannya sekarang.

Di negeri majoriti Cina ni, cuma empat Adun Melayu PR menang. Tiga dari keADILan seorang dari PAS. Dari jumlah tu, dua dilantik Exco- budak Fairus dan Malik Kassim yang berdarah mamak.

Apa boleh buat, Anwar yang kutip dia dari Selayang, Selangor jadikan dia calon Penanti kemudian lantik dia sebagai TKM, jadi mahu tak mahu Perdana Menteri dalam pernantian inilah yang kena selesaikan masalah besar ni.

Nak tunggu Anwar melangkah ke Putrajaya pun belum tahu bila, bukan sahaja tarikhnya kabur bahkan entahkan jadi entahkan tidak pelan tu.

Bak kata Presiden Dr Wan Azizah, Anwar yang lantik budak Fairus, Anwarlah yang kena selesaikan masalah budak ni….. kan masalah tu.

Ok, kita berbalik kepada tajuk ‘Sakit perut, anak sakit, ziarah mayat sinonim dengan Fairus.’

Nak cerita pun kami malu, ya lah takkanlah TKM berperangai macam budak-budak yang malas nak pergi sekolah, cari 1001 alasan nak ponteng. Tapi apa boleh buat, sama ada nak percaya ataupun tidak itulah hakikatnya.

Mana tidaknya alasan yang sama diulang-ulang setiap kali dia nak ponteng sama ada kerja, mesyuarat penting ataupun temujanji yang dah confirm lebih sebulan lalu.

Sehinggakan istilah ‘sakit perut’ dan ‘ziarah mayat’ menjadi bahan sinis YTT Gabenor atau Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mesyuarat Exco dan jadi bahan gurauan kakitangan kerajaan negeri.

Kalau sekali dua mungkin orang percaya, boleh terima, tapi kalau dah terlalu kerap sangat alasan yang sama diulang-ulang, bukan setakat orang tahu budak Fairus pembohong dan nampak bodoh, bahkan orang dah naik meluat menyampah, dan tak ambil pusing.

Mari kita rujuk kembali kandungan petikan emel beracun sebelum ni :

Masa dia jadi staff aku, memanjang MC ( cuti ) kertas MC dia lebih banyak dari report dia, tau tak ……

….. .lepas tu, macam mana dia nak jadi wakil rakyat... datang kerja hari- lambat..pukul 11.00 pagi baru nampak muka, kemudian pukul 3 petang, nak keluar dah...ada hal katanya nasib baik aku ni tak suka mengadu domba kat boss besar... Tapi lama-lama boss besar pun ‘fe-dup..’ dia diberi kata dua...

Seperti yang kami katakan sebelum ini, ketika mula-mula menerima emel beracun tu kami anggap ia berniat jahat …. tetapi tidak sampai sebulan kemudiaannya melalui sumber kami di Komtar Pulau Pinang, kami dapati feel buruk dia suka menipu, ponteng kerja atau masuk pejabat lambat terbawa-bawa hingga kini.

Kalau nak senaraikan program yang budak Fairus tuang, tak tersenarai banyaknya. Cukuplah kami bagitau…. Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri 31 Ogos lalu dan Sambutan 16 September Hari Malaysia pun dia tuang .… alasannya macam biasa-sakit perut, ziarah mayat .

Bersambung …… Siri 3:Fairus ‘sakit perut’ di sidang DUN Pulau Pinang




Selasa, November 11, 2008

Siri 1. Emel beracun


Intelegent' kami mengirimkan emel berikut kepada kami sekitar Mac 2008, iaitu sebaik keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Pada ketika itu, ketika masih meraikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) kami menyifatkan emel tersebut berniat jahat. Kerana bersangka baik terhadap Fairus, kami mengabaikan emel berkenaan.


Namun setelah berbulan berlalu sebaik Fairus dilantik sebagai TKM 1 Pulau Pinang, kami menerima pelbagai aduan dan salah lakunya. Langsung kami melakukan penyiasatan dari pelbagai pihak. Kami jadikan emel ini sebagai sumber utama kami untuk memulakan asas penyiasatan kami.

Apa yang kami perolehi sungguh 'menakjubkan'. Emel yang pada awalnya kami sangka berniat jahat, rupanya membongkar 1001 wajah sebenar Fairus.... hakikatnya isi kandungannya tidak lari dari realiti kehidupan 'manusia jelmaan' bernama Mohammad Fairus Khairuddin,yang baru berusia 32 tahun.

Atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak menyiarkan sumber maklumat kami.....

.......................................................................................................................................................................

MAC 2008

Astaghfirullahhalazim....budak ini ka ?

Aduh tepuk dahi aku!!!!!

Dia ni ‘ex-staff’ aku ni...aku ni boss dia dulu. PKR ni betul ke tidak pilih orang ???? Mana ahli PKR kat sini ?..meh sini...bahaya ooo budak nih....

Aku ‘still’ tak puas hati pasal Timbalan KM tu...aku kenal sangat ngan budak tu... dia tu dinasihatkan berhenti kerja dari company aku.

Aku nampak dia dalam tv hari tu , sebelah Kak Wan ( Datuk Seri Dr Wan Azizah) tapi aku tak sangka dia bertanding, aku ingat dia jadi ‘campaign manager’ je...

Kalau PKR lantik dia jadik timbalan, memanglah,memang malu besar lah PKR. Jangan lah main tangkap muat aje...

Kalau nak tahu lebih lanjut, suruh orang PKR ‘call’ aku mai sini, Anwar Ibrahim ‘call’ aku. Aku bukan nak bikin onar atau jelous...tapi..ish..susahnya aku nak jelaskan...

Ok..aku tak nak kutuk panjang-panjang pasal TKM tu...

Tapinya, tolong siasat dulu latar belakang dia, ‘especially’ latar belakang pendidikan dia. Dia ni banyak torak. Yang betul dekat dia ni nama penuh dia je !

Masa dia jadi staff aku, memanjang MC ( cuti ) kertas MC dia lebih banyak dari report dia, tau tak. Tu dia kata dia membentangkan report hapa, tu kat World Halal Forum..tu menipu tu..., dia tu sebagai ‘visitor’ je kat sana...aku yang daftarkan dia masuk situ...

Masa dia masuk ‘company’ aku dulu, dia kata dia ada master dari UM tu tahun 2006 kot tak salah aku. Aku duk mintak ‘cert’ (sijil) dia..dari hari ke hari , tak dapat-dapat... ’then’ aku tak puas hati, aku jadik inspektor gadget...taraaaaaaa.....dia sebenarnya tak habis study pun, baru ambik satu semester kemudian tangguhkan pelajaran....

Tu tahun 2006...tang mana dia dapat dari UK semua tu...ishkk...aku ni kurang percaya sikit kat dia... ijazah dari UIA tu betullah...

( Nota Alahai... : Dia mengaku memiliki Ijazah Sarjana “Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management”, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda “Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa dan Sijil Pengajian Syariah, Universti Malaya. Yg lucunya ada satu ketika bila wartawan pernah tanya dia nama Universiti yang dia dapat master tu...dia jawab RAHSIA....kah...kah.. )

Lepas tu, macam mana dia nak jadi wakil rakyat... Datang kerja hari- lambat..pukul 11.00 pagi baru nampak muka, kemudian pukul 3 petang, nak keluar dah...ada hal katanya nasib baik aku ni tak suka mengadu domba kat boss besar... Tapi lama-lama boss besar pun ‘fe-dup..’ dia diberi kata dua...

Ishh, pendek kata banyak lagi lah... kalau tak percaya korang tanya ‘boss besar’ aku dan‘ex staff’ aku. Atau kau leh call bekas-bekas company dia..aku ada riki (siasat) bekas company dia... ‘the ex boss’ pun still cakap ‘the same problem’ dengan dia ni...

Aku rasa, better be careful lah.. aku taknak PKR ni tercemar, banyak lagi yang bagus-bagus, tak nak malukan PKR....Suruh PKR siasat dulu....(mana tahu ada lak sijil dari Uk tu kan ??? hikhikhik)...tapi kemain banyak sijil nya weh....tahun 2006 belum ada master lagi, tak tahulah 2008 boleh dapat pulak master dari UK....

Lagipun dia ni dulu pernah ugut aku....mek takut jugak nyah....

Bersambung .......Siri 2 : Sakit perut, anak sakit, ziarah mayat sinonim dengan Fairus