Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, Januari 31, 2009

Siri 44 : Tidak hadir mesyuarat J/k Tanah, Fairus salahkan pegawai

.
Entah ! Sampai bilalah Mohammad Fairus Khairuddin akan berubah sikap berhenti menyalahkan orang lain bagi menutup kebobrokannya.

Bukan sekali, tapi telah berpuluh, beratus kali episod yang sama ini berulang.

Pada 29 Januari lalu (Khamis), Fairus tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan alasan dia tidak tahu.

Seperti biasa, dia akan menuding jari menyalahkan orang lain. Kini para pegawainya menjadi sasaran, dia menyalahkan mereka, kononnya tidak memaklumkan kepadanya.

Padahal para pegawainya telah memaklumkan kepadanya sejak awal lagi.

Fairus, satu-satu pemimpin Melayu daripada keADILan yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan.


Mesyuarat
bermula jam 2.30 petang, tetapi dia hanya hadir ke pejabat jam 5.00 petang.

Itupun dia hadir setelah didesak berkali-kali oleh salah seorang pegawainya agar hadir mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan PDC yang dipengerusikan TKM 2, Prof. Dr Ramasamy yang dijadual pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Mesyuarat di tingkat 28 Komtar pada hari itu pun, dia tidak tumpu perhatian, asyik keluar masuk bilik menjawab panggilan telefon.

“Dia langsung tidak profesional,” jelas sumber yang turut hadir mesyuarat.

Pada 7 Januari lalu, Fairus tidak hadir mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri, dengan alasan yang sama, dia tidak tahu. Walhal, semua exco telah sedia maklum tentang mesyuarat mingguan tersebut.

Dalam pada itu, Fairus turut ‘kencing’ tiga pemimpin kanan Keadilan Pulau Pinang, apabila tidak hadir program yang diatur untuknya pada 24 dan 25 Januari lalu di Pulau Langkawi.

Difahamkan, sebelum itu Fairus telah bersetuju untuk hadir.

Pemimpin berkenaan di antara para pengampu yang cuba mengambil kesempatan atas jawatan TKM 1 itu.

Mereka cuba menyelamatkan kedudukan Fairus agar pemimpin tertinggi parti tidak mengambil tindakan terhadapnya, meskipun mereka mengetahui kebobrokan Fairus.

Mereka dikatakan sedang menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim, kononnya Fairus telah mengubah sikap buruknya.

‘Bangkai gajah tidak mungkin boleh ditutup dengan sehelai lalang,” ujar seorang teman.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Januari 29, 2009

Fairus 'best actor in town'..

Oleh Ex_portmouth varsity

Arakian , sekonyong-konyongnya (pinjam 'vocab' DSAI) maka tersebutlah alkisah sang Fairus yang semakin bermaharajalela rakus melanggar semua 'bala' di kiri kanan serta depannya untuk membebaskan diri dari kemelut ciptaannya sendiri.

Pusing kiri tak kena , toleh depan tak kena.. pendek kata semua serba tak kena dek kerana ada siri pembongkaran kemunafikannya sedang berlaku..sepandai-pandai tupai melompat..akhirnya ketanah jua tempatnya..itu bidalan yang semakin menyamai situasi sang Fairus..

Sang Fairus mulalah menuding jari ke sana dan kemari menuduh ada 'konspirasi pakatan tertinggi' untuk menjatuhkannya kerana mengidamkan jawatan yang beliau sandang..

Hey sang Fairus tidakkah kau sedar bahawasanya kau sekarang berada diambang 'talkin' yang bakal disempurnakan oleh rakyat..rakyat yang muak dengan kejelekan dan kedurjanaan yang engkau sendiri lakukan..

Berita tersebar di seantero pelosok Pulau Pinang. Malah angin juga membawa berita benar ini keluar dari jajahan setempat..buat kesekian kalinya rakyat bangun menyatakan kebenaran..berkatalah benar walaupun pahit..

Rakyat melaungkan kalimah keramat ...UNDUR..UNDUR..UNDUR FAIRUS..UNDUR..UNDUR..UNDUR FAIRUS...bingit..tetapi itulah hakikinya..raja adil raja disembah..raja zalim raja disanggah..semakin meloya telinga menyambut seranah sang Fairus yang umpama 'best actor in town'..

Kaget mencari sokongan ampuh dari pencacai murahan untuk menghalalkan perbuatan jahiliyahnya..maka ngauman sokongan kedengaran dari mereka yang memekakkan telinga dan membutakan mata menerima kebenaran..

Terus apakah pengakhiran buat Sang fairus ini ..? Perlu dibiar sajakah ? Atau cukup sekadar menjadi pelakon tempelan mengangguk kepala umpama 'pokke' (nama lain bagi sesumpah atau bahasa saintifiknya 'iguana') tanda setuju dengan semua kebobrokkannya..

Tidak sama sekali..meminjam kata DSAI..jika takut risiko usah bicara soal perjuangan..maka kekuatan dipadu..kesepakatan dipalu.. ayuh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran kita sanggah kejelekan sang fairus ..

Seruan buat mereka yang punyai kuasa dalam pimpinan agar mata dibuka seluasnya.. pandanglah gajah di depan mata..

Save Our Soul (S.O.S)

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Januari 28, 2009

Siri 43 : Bukan Game Over, tapi Starting Game ...

.
Ini bukan isu konspirasi, bukan juga kerana cemburu, jauh sekali ada dalang pemimpin tertentu mahu jatuhkan Fairus.

Isunya yang sebenar ialah Fairus tidak layak memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kerana 'attitude problem' yang menjadi darah dagingnya sejak azali.

Sikap buruk Fairus telah merobek, mencemar malah merosakkan imej keADILan di negeri ini. Ramai kecewa, kerana slogan Harapan Baru Untuk Pulau Pinang dipandang remeh, dek salahlaku Fairus.

Sebahagian kecil sikap buruknya kami telah dedahkan. Akan ada pembongkaran lebih besar menanti TKM 1 itu yang mendakwa Alahai ... menfitnahnya.

Kami akan bongkar siapa Fairus sebenarnya !

Fairus mendakwa, malangnya dipercayai oleh segelintir pemimpin negeri bahawa dia teraniaya. Fairus menuding jari, kononnya rakan exconya Abdul Malik Kassim sebagai dalang untuk menjatuhkan dirinya. Fairus merekacipta kononnya Abdul Malik cemburu dan mengidam jawatannya.

Tuduhan berat itu, diuar-uarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya, bukan sahaja dalam mesyuarat bahkan kepada tetamu luar yang tidak dikenalinya. Fairus menagih simpati.

Semuanya gara-gara dia tidak berupaya melaksanakan amanah, menunaikan tanggungjawab sebagai TKM 1.

Justeru, seperti biasa, Fairus menuding jari menyalahkan pihak lain. Menududh orang lain menikam dirinya dari belakang. Dalam konteks ini, rakan exconya Abdul Malik Kassim menjadi mangsa !

Fairus memperalatkan beberapa pemimpin negeri yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mempertahankan kedudukannya.

Cuma kami ingin mengingatkan kepada para segelintir pencacai Fairus, jika sayangkan parti sila buang jauh-jauh perangai buruk Umno yang masih membaluti jiwa kalian.

Masa depan parti lebih penting, bukan batang tubuh Fairus yang baru kalian kenal dua tiga hari lalu.

Kami tidak pernah melobi, apatah lagi untuk mengangkat pemimpin tertentu untuk dijadikan TKM 1. Itu bukan tugas kami, itu juga bukan bidang kuasa kami, malah kami tidak berminat kerja-kerja sebegitu.

Kami tidak peduli siapapun akan menggantikan Fairus, asalkan pemimpin berkenaan sebenar-benar pemimpin berjiwa rakyat, yang tidak khianat amanah rakyat, yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan tidak menipu rakyat. Pemimpin yang bukan hanya mementingkan perut dan bawah perutnya semata-mata.

Tugas kami adalah membetulkan kembali kesilapan memilih Fairus, agar kebobrokannya nanti tidak menjahamkan Pakatan Rakyat khususnya keADILan pada pilihanraya akan datang.

Pada kami, sesiapa sahaja yang menjadi TKM 1, jika dia menyeleweng dari amanahnya, dia menjadi musuh rakyat, dia menjadi musuh kami....musuh Alahaiiiii !

keADILan kena berani berubah.

Ini bukan Game Over, tapi Starting Game.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 42 : Jika anda Guan Eng, bagaimana nak selesai masalah Fairus ?

.
Pertama kali mendengar ucapan Fairus, ramai teruja. Sehinggakan ada yang berani mengatakan 'Fairus sebelah kiri Anwar Ibrahim.'

Berdasarkan kepetahannya, ramai menjangkakan kualiti kerja Fairus, tentulah seperti mana yang diungkapnya. Pendek kata, cakap serupa bikin.

Apabila pimpinan tertinggi keADILan mencalonkan Fairus sebagai TKM 1 Pulau Pinang, semua pihak menyambut baik. Walaupun ketika itu, tiada seorang pun pemimpin keADILan negeri ini mengenali dan mengetahui latar belakang Fairus yang diterjunkan dari Selayang Selangor.

Pengumuman Guan Eng yang turut melantik Prof Dr Ramasamy sebagai TKM 2 melakar sejarah negara. Pulau Pinang diterajui 'pemimpin muhibbah'. Selaras dengan konsep Pakatan Rakyat. Tidak pernah dibayangkan kerajaan BN selama ini.

Namun jangkaan awal jauh meleset. Panas yang dijangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. Selepas beberapa bulan sebagai TKM 1, ramai mula mengesan wajah sebenar Fairus., di sebalik topeng hipokritnya. Termasuk bossnya di peringkat kerajaan negeri-Lim Guan Eng.

Namun kebobrokan itu cuba ditutup di peringkat publik. Dengan harapan Fairus akan berubah. Usaha membaiki dari dalam keADILan diusahakan, termasuk menghantar pegawai-pegawai hebat dan profesional bagi membantunya.

Kesemua usaha itu gagal, enam pegawainya bersilih ganti - meletak jawatan, dek kerana sikap bodoh sombong dan ego tidak bertempatnya. Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut.

Fairus masih dibelenggu sikap buruk masa lampau, (attitude problem) yang menyebabkannya dibuang kerja sewaktu bertugas di Hong Leong Anssurance (HLA) selepas enam bulan bertugas di industri perbankan berkenaan .

Teruk sangatkah Fairus ? Sehinggakan bekas bossnya di HLA sanggup berkata kepada team Alahai... , "Saya tidak pernah jumpa seorang pegawai Melayu sebegini teruk sikapnya."

Pada pengamatan kami, Fairus tidak pernah dan tidak mahu berubah. Ini sebahagian sikap buruk Fairus yang kini terpaksa dihadapi Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ....

  • Masuk kerja lewat- Guan Eng dan Exco masuk pejabat antara jam 8 pagi - 9 pagi, Fairus belum tentu boleh sampai jam 12 tengah hari. Silap-silap haribulan, langsung tak hadir. Boleh dapatkan pengesahan daripada pengawal keselamatan di Komtar.
  • Kerap ponteng meeting - Termasuk mesyuarat exco, lembaga pengarah - alasan yang sama digunakan, pegawai kerajaan di Komtar dah mangli.
  • Lewat - Sama ada ke pejabat, program atau mesyuarat. Kerap kali berjam-jam lamanya.
  • Kerap batalkan temujanji atau program- Biarpun program telah 'confirm' boleh dibatalkan saat-saat akhir tanpa alasan munasabah. Ikut suka aku. Menyusahkan banyak pihak, pegawainya jadi mangsa sumpah seranah rakyat.
  • Penakut - Hanya berani berdegar di pentas, tapi membisu seribu bahasa pada pentas sebenar (sidang dewan undangan negeri). Dua sidang DUN yang berlalu menjadi medan bukti apabila banyak isu yang perlu jawapan darinya dibiarkan berlalu. Malah kecut perut, membisu seribu kata, apabila dia dituduh menipu secara terbuka oleh Adun BN Pulau Betong.
  • Suka langgar protokol majlis - Kerap tidak ikut etika pakaian rasmi, datang lewat daripada TYT Gabenor atau KM dan lain-lain. Confirm akan datang majlis, tetapi tidak datang. Kerusi TKM 1 kosong, mencacatkan majlis. Telah berbuih mulut unit protokol nasihat-tapi tak makan nasihat.
  • Kerap tidak hadir majlis rasmi - Antaranya ponteng majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di QueenBay Mall pada 31 Ogos, Sambutan Hari Malaysia 16 September, selaku exco agama tidak pernah iringi TYT Gabenor solat Jumaat di masjid sekitar... dll.
  • Tidak percaya pegawai sendiri - Khuatir perangai buruknya dilapor kepada pimpinan tertinggi parti.
  • Berjanji palsu - Deretan janji palsu ditabur pada rakyat, sehinggakan kira-kira 100 penduduk Tanjong Tokong menyerbu Komtar baru-baru ini menagih janji palsu Fairus. Begitu juga janji untuk selesai masalah gaji pemain bolasepak P.Pinang, alih-alih dia dipaksa letak jawatan kerana menjadi Presiden FAP yang tidak bertanggungjawab, hanya pandai berjanji tapi gagal tunaikan janji.
  • Pecah amanah - Menyalahguna kad minyak kereta rasmi kerajaan bernombor pendaftaran P 1, diguna untuk kereta sendiri. Telah diarah oleh kewangan negeri untuk bayar balik, jumlahnya hampir RM1000.00 . Malah pernah membuat tuntutan melampau. Kes ini jika diadu kepada BPR, boleh sangkut.
  • Cakap tak serupa bikin - Jika 10 perkara yang diucap atau dijanji, nak betul satupun susah. Kesannya terpalit kepada parti.
  • Bakhil tahi hidung masin terlampau - Terlalu banyak contoh. Kalau ceritapun orang tak percaya. Paling terkenal cerita pasal makan ais krim- boleh tanya bekas pegawai akhbarnya Farid Wajdi telah yang meletak jawatan baru-baru ini.
  • Putar alam - Ada sahaja 1001 alasan menipunya. Peringkat awal orang percaya, lama kelamaan tembelang pecah.
  • Ego dan bodoh sombong - Suka dipuji. Pantang kena puji kembang hidung dia. Apatah lagi bila pujian itu datang dari seorang wanita. Lemah longlai.
  • Muka tembok - Tak tahu malu, buat muka selamba biarpun bersalah.
  • Pengadu domba - Suka mengadu domba pemimpin, dengan memburukkan pemimpin lain agar menyokongnya. Termasuk memburukkan Guan Eng dan DAP bagi meraih simpati Melayu.
  • Merapu - Cakap lebih, kerja tak jalan. Kebiasaannya setiap topik yang diperbincangkan akan keluar dari 'track' asal. Melalut tak tentu arah. Selalunya hanya akan cerita perihal kehebatan dirinya yang sebenarnya tidak sehebat mana.
  • Masalah mental kronik - Kenyataan ini boleh dirujuk dengan semua kakitangan awam kerajaan Pulau Pinang. Dari pegawai atasan , ketua-ketua jabatan sehinggalah ke 'drebar' dan pengawal keselamatan, semuanya bercakap senada.... 'Fairus mental'.
  • Tidak layak - Jika dia masih terus diberi kuasa sebagai TKM 1 maka tunggulah saat kejatuhan PKR (bunyinya macam kasar tetapi percayalah inilah natijah yang sedang menanti.
  • Pelahap - Membeli dua kereta mewah BMW 5 siri dan Mercedes Benz 240 E dalam tempoh 10 bulan menjadi TKM 1, padahal telah memiliki kereta Rexthon sumbangan seorang usahawan dan kereta rasmi kerajaan negeri jenis Mercedes. Hidupnya sebelum jadi TKM 1 ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. ( Tunggu pendedahan kami .... )
  • Kaki perempuan - Jeng...jeng....jeng... nanti kita cerita bab ni ... !

Kami akan berhenti dari menyiarkan kebobrokan Fairus , sekiranya ada bibit-bibit perubahan pada dirinya. Namun sehingga kini kesombongan dan kebongkakannya menjangkaui akal pemikiran yang waras.

Andai kata anda sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagaimana hendak mengatasi masalah Fairus ni ...?


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Januari 26, 2009

Respon pembaca : Teruskan pendedahan tentang Fairus

Respon 1 - Teruskan pendedahan tentang Fairus

Daripada Mohd Azhar,

Assalamualaikum kawan.
Saya nak ucapkan terima kasih di atas keberanian saudara dalam menyampaikan kebenaran. Saya adalah penduduk Penang yang mana TKM 1 kami adalah Fairus.

Harap saudara tidak gentar dalam menyatakan kebenaran. Sebagai pendukung kepada PKR, kami tak mahu yang TKM kami ni pelahap sedemikian rupa. Teruskan kerja anda, kami sentiasa di belakang anda.

Untuk pengetahuan saudara, banyak juga story yang kami tahu tentang Fairus. Nanti kita boleh syer bersama. Banyak kenalan saya yang bekerja kat KOMTAR merungut dengan budak ni.

Sampai sini dulu.

Berani kerana benar,takut kerana salah.

Nota:
Kepada sdr Azhar, kami mengalu-alukan sebarang maklumat tentang Fairus, tapi harus diingat, kami tidak akan melayan sebarang maklumat berbaur fitnah terhadapnya !

Respon 2
- Sudah terang lagi bersuluh

Daripada ex_portmouth varsity

Assalamualaikum,

Aku ni rasa terpanggil untuk turut sama beri idea aku perihal Fairus TKM1 Pulau Pinang ni..Aku ni umpama bidan terjun tiba-tiba 'terbekenan' (tertarik) dengan blog Alahai ni....

Bukan apa bagi yang memang kenal dengan 'mangkuk tingkat' ni (nama yg ramai kengkawan aku panggil kat Fairus) segala apa yg di 'londeh' kan ni bukan bertujuan untuk menjatuhkan dia..aku kenai sangat la mangkuk tingkat ni..

Aku dan semua bekas kengkawan dia (majoriti) memang terkejut mak yeh bila dengar berita PKR bagi dia jadi calon PRU yang lalu..menang pulak tu..aku pun tanya kawan-kawan aku yang mengundi kawasan dia.. depa kata calon memang tak dak..jadi PKR pun letak la dia.

Lagipun yang aku tau dia pun memang tergedik-gedik nak jadi calon...memang katanya hari tu (PRU 12) kalau PKR letak 'berok' tak pakai baju pun akan menang..sebab orang memang tolak UMNO..wallahu'alam..

Yg aku rasa tragis sangat bila aku terbaca blog yang memang bawa cerita benar pasal mangkuk tingkat ni..dia ni memang payah nak berubah..rendam dalam klorok bleach pun belum tentu boleh clean.

Aku kesian sungguh pada DSAI (Anwar Ibrahim.) Awat la DSAI tak selidik dulu background. Ini main tangkap muat saja..bahana dia..nie yang dok jadi la ni..aku tak yakin dia nak berjuang atas tiket PKR untuk rakyat..dia ni kedekut mengalahkan haji kedekut bin lebai bakhil...

PKR kena prihatin dengar suara rakyat..ingat DSAI pernah ucap kalam ni..' suara rakyat suara keramat'..

Jangan sampai nanti kalam ni makan tuan..ini bukan ugutan atau ancaman..tapi kenyataan hakiki yang perlu DSAI dan pimpinan PKR ambil iktibar.

Jangan sampai mengugah keyakinan dan kepercayaan rakyat..cuba pakai beberapa bidalan lama..contohnya seperti ini...'kerana mangkuk tingkat sekor habis PKR seMalaysia..'

DSAI..teman-teman di Pulau Pinang, ramai yang hari-hari tak terlepas dari bicara soal mangkuk tingkat yang tak perform tu..\

Dengar cerita DSAI pun memang meluat kat dia..nak sebut nama pun tak mau dah..tapi adakah cukup setakat itu.

DSAI adalah pemimpin contoh..aura DSAI menggunung..tapi dek kerana seorang mangkuk ini DSAI tak boleh resolve. Pemimpin datang dan pergi, salah memimpin rakyat jadi mangsa.

Rakyat dah hukum UMNO-BN..tak mustahil nasib yang sama boleh menimpa parti DSAI dan PR.

Aku rakyat marhaen..sekadar boleh beri pandangan dangkal. Tapi perlu diingat banyak sejarah telah dicipta melalui sesuatu yang kecil. Apa dia lu orang pikir la sendiri.

Pada blog alahai.. aku harap ko orang publish la email aku ni, supaya ramai lagi manusia yg pernah kenal mangkuk tingkat ini tampil dan beri kenyataan yang boleh menyedarkan DSAI dan pimpinan PKR.

Nota : Permintaan untuk siarkan emel saudara telah kami tunaikan !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Januari 25, 2009

Siri 41 : Hello ...Fairus hutang RM13 ribu, bila mau bayar ?

.
Salah satu daripada tiga portfolio Mohammad Fairus Khairuddin adalah Pengerusi Pembangunan Keusahawan dan Koperasi.

Makna kata dibahunya tersangkut tanggungjawab berat bagi membantu golongan usahawan Pulau Pinang, khususnya bumiputera untuk membangunkan bidang perniagaan mereka.

Sudah pasti, para usahawan mengharapkan sesuatu dari sentuhan 'pemimpin muda' yang membawa panji-panji 'Harapan Baru Pulau Pinang.'

Tetapi bagaimana, jika pagar yang diharapkan untuk menjaga padi, sebaliknya bertindak dengan memakan padi ?

Inilah yang berlaku kepada seorang usahawan kecil dari Cherok Tok Kun, Zulkifli Saad, yang menjadi mangsa Fairus.

Seorang reformis sejak era reformasi, Zulkifli dikatakan telah berbuih mulut, menagih hutang berjumlah RM13,000 daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, untuk bayaran kerja-kerja mengubahsuai dan kelengkapan pejabat di pusat khidmat Adun Penanti berkenaan.

Pusat khidmat, yang dinamakan sebagai Pusat Bakti itu terletak di Jalan Tanah Liat telah disiap diubah suai sejak bulan September 2008 dan dirasmikan pada Ramadhan lalu.

Mula beroperasi akhir tahun lalu, dengan menempatkan seorang petugas, dengan gaji RM500.00 sebulan, meskipun sebelum itu pegawai berkenaan dijanjikan dengan gaji RM700.00 sebulan.

Kerajaan negeri memperuntukan RM1,300.00 sebulan untuk pengurusan pusat khidmat berkenaan, di mana RM1,000.00 sebagai gaji pegawai dan selebihnya untuk bayaran bil-bil.

Sewa bulanan pejabat berkenaan, sebelum itu ditangung oleh seorang usahawan bernama Osman Hitam yang juga teman rapat Wan Ismail, bapa kepada Dr Wan Azizah.

Kini, telah lima bulan berlalu, belum nampak tanda-tanda Fairus akan melangsaikan hutangnya.

Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, Fairus mesti mengetahui maksud hadis Rasulullah s.a.w. ini :

“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)

Namun jika Fairus terus bersikap bebal dan bakhil, apa diharap oleh para usahawan lain daripada pemimpin sebegini.

'Pemimpin' yang gemar mendabik dada ini juga dikatakan 'berhutang' tidak kurang RM3000.00 apabila melarikan perabot dan peralatan pejabat milik Yayasan Aman, Penanti, dan ditempatkan di rumah sewanya di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam.

Peralatan berkenaan diambilnya, selepas dia enggan menggunakan ruang di Yayasan Aman, sebagai Pusat Khidmat, meskipun Yayasan Aman telah membelanjakan tidak kurang RM30,000 untuk kerja-kerja mengubahsuian.

Persoalannya, mengapa Fairus enggan membayar hutang, padahal pada masa yang sama dia boleh bermewah dengan kereta BMW 5 siri bernilai kira-kira RM350 ribu, dibelinya pada November 2008 dan Mercedes Benz 240 E bernilai lebih RM100.00 ribu yang dibeli pada Mei 2008, sebaik dilantik sebagai TKM 1 pada bulan Mac tahun lalu ?

Untuk rekod, sebelum dilantik menjadi TKM 1, kehidupan Fairus umpama 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang', hanya memiliki sebuah kereta Peugeot 406 yang tersadai rosak sejak 2007 dan sebuah motorsikal Honda buruk yang kini terbiar usang di rumahnya di Selayang Selangor.


( Foto :contoh Model BMW 5 siri )

p/s-Kepada wartawan Malaysiakini yang pro-Fairus, Athi Veeranggan, tolong bantu sdr Zulkifli Saad untuk mendapatkan kembali hutangnya daripada idola anda itu !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, Januari 24, 2009

Game over for anti-Fairus blogs?

By Athi Veeranggan ( Malaysiakini )

Embattled Penang deputy chief minister Mohamad Fairus Khairuddin is probably heaving a huge sigh of relief after learning that evidence revealing the identities of the people behind a spate of ‘anti-Fairus’ blogs was submitted to top PKR leaders early this week.

The evidence was collected by certain party grassroot leaders in Penang on their own initiative while surfing the cyber world.

The evidence, it is learnt, was mostly an accumulation of email transactions, conversations and anti-Fairus postings by ground level perpetrators, who are part of a conspiracy to allegedly topple Mohamad Fairus.

The evidence has also revealed the identities of grassroots conspirators from within the party.

Malaysiakini learnt that the evidence was handed over to PKR supremo Anwar Ibrahim, president Wan Azizah Wan Ismail, national disciplinary committee head Dr Syed Husin Ali, state PKR chief Zahrain Mohamad Hashim, Mohamad Fairus and PKR state secretary Mustafa Kamal Mohd Yusoff.

Anwar, who is believed to be deeply disturbed by the anti-Fairus conspiracy, and Syed Husin are now scrutinising the evidence to identify and plan disciplinary action against the culprits.

There are at least five anti-Fairus blogs in the cyber world, believed to be closely linked to a top state leader who aims to replace Mohamad Fairus in the Pakatan Rakyat Penang government.

Besides Penanti assemblyperson Fairus, Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) and Law Choo Kiang (Bukit Tambun) are other two PKR executive councillors in Chief Minister Lim Guan Eng’s state administration.

It is learnt that a handful of grassroot leaders have formed a clique to oust Mohamad Fairus since he was appointed Lim’s number two after Pakatan stormed into power in Penang following a landslide victory in the March general election.

The blogs have attacked Fairus constantly with various allegations of under-performance.
He has also been accused of not being people-orientated, not connecting with the grassroots and not carrying out field work, accusations which Mohamad Fairus has vehemently denied.

Recently, an anti-Fairus blog even threatened to publish an upside-down picture of Anwar on its web page to pressure on the PKR supremo to sack Mohamad Fairus from the state government.
The blog even published an upside-down picture of the newly appointed Penang PKR youth chief and Balik Pulau Member of Parliament Yusmadi Yusof, because of his close ties with Mohamad Fairus.

Yusmadi had earlier declared that he would mobilise his youth movement to strengthen Mohamad Fairus’ position in the party and government.

Yusmadi’s intentions obviously did not go down well with Fairus’ detractors.
Reshuffle to strengthen PKR

"This is a work of people jealous of my political success at such a young age," said the 33-year-old Mohamad Fairus, who was dropped as the party state deputy chief during a reshuffle on Thursday.

The reshuffle also saw Law being dropped as deputy chairperson.
Mohd Fairus has been replaced by Dr Mansor Othman while Law's position fell to Machang Bubuk state assemblyperson Tan Hock Leong.

However, the anti-Fairus blogs were quick to capitalise on the reshuffle, saying it was a clear indication that Mohamad Fairus was on his way out of the state administration as well.

Mohamad Fairus and Law were removed and appointed ordinary committee members as part of a strategy to strengthen the party’s state political administration and operations.

Zahrain explained that the reshuffle was to separate party leadership with that of the state government to avoid conflict of interests and allow leaders to focus on their respective tasks.

Realising the internal plot to oust Mohamad Fairus, Anwar has frequently warned state leaders and members not to indulge in smear campaigns to tarnish Mohamad Fairus’ image since it would also damage the party.

He has also threatened stern action on anyone found to be involved in the anti-Fairus campaign.
With fresh evidence now in his hands, Anwar is set to wield his axe to chop off these negative elements, said a party source.

Game Over Or Gamble ?
Mari kita lihat nanti.... siapa yang kenaaa.... !
.

Siri 40 : Fairus gugur, kemenangan awal rakyat P.Pinang

.
Sekalung tahniah buat Datuk Zahrain Mohamed Hashim Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, kerana mula bertindak ke atas Timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin demi kepentingan rakyat.

Biarpun keputusan beliau masih berlapik dengan mengkambinghitamkan dua exco lain, namun ia sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat rakyat negeri ini yang menuntut penjelmaaan slogan Harapan Baru Buat Pulau Pinang.

Tindakan tegas tapi penuh berhati-hati Zahrain, sewajarnya disokong dan didokong semua pihak di setiap peringkat.

Kami percaya, selepas ini impian untuk melihat perubahan paling drastik akan berlaku bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai yang tercemar teruk dek perbuatan songsang individu bernama Mohammad Fairus Khairuddin.

Selepas lebih 10 bulan Pakatan Rakyat yang dibina melalui sepakatan PKR, DAP dan PAS, memerintah negeri ini, kami percaya Zahrain dan pimpinannya telah menilai siapa pemimpin rakyat yang sebenarnya.

Beliau telah menilai mana intan, mana kaca. Dalam kata lain, beliau telah mengenali wajah sebenar Fairus yang berselingdung di sebalik topeng retorik yang diselaputi kepalsuan dan penipuan.

Zahrain yang menyertai keADILan pada tahun 2004, iaitu selepas parti pimpinan Dr Wan Azizah, tercungap hanya tinggal 'semangga' kerusi parlimen Permatang Pauh, berjaya menstruktur semula parti selepas dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan.

Meskipun perjalanan masih jauh, kita berharap Zahrain akan menguli pengalaman luasnya, dalam politik dan perniagaan, untuk membina semula kekuatan keADILan yang masih muda berbanding rakan pakatan lain.

Apa yang kita harapkan selepas ini, Zahrain dan pimpinan parti akan mendengar suara akar umbi, kerana tanpa kekuatan akar umbi, tidak mungkin tertegak sebuah negara.

Bagi pihak kami, Alahai.... akan terus berjuang menegakkan kebenaran dan membongkar kepalsuan mana-mana pemimpin.

Pemimpin yang khianati amanah rakyat, tidak ada tempat dalam parti yang memperjuang hasrat rakyat.

Penggugguran Fairus adalah kemenangan awal raykat P.Pinang !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !