Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, Januari 31, 2009

Siri 44 : Tidak hadir mesyuarat J/k Tanah, Fairus salahkan pegawai

.
Entah ! Sampai bilalah Mohammad Fairus Khairuddin akan berubah sikap berhenti menyalahkan orang lain bagi menutup kebobrokannya.

Bukan sekali, tapi telah berpuluh, beratus kali episod yang sama ini berulang.

Pada 29 Januari lalu (Khamis), Fairus tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan alasan dia tidak tahu.

Seperti biasa, dia akan menuding jari menyalahkan orang lain. Kini para pegawainya menjadi sasaran, dia menyalahkan mereka, kononnya tidak memaklumkan kepadanya.

Padahal para pegawainya telah memaklumkan kepadanya sejak awal lagi.

Fairus, satu-satu pemimpin Melayu daripada keADILan yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan.


Mesyuarat
bermula jam 2.30 petang, tetapi dia hanya hadir ke pejabat jam 5.00 petang.

Itupun dia hadir setelah didesak berkali-kali oleh salah seorang pegawainya agar hadir mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan PDC yang dipengerusikan TKM 2, Prof. Dr Ramasamy yang dijadual pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Mesyuarat di tingkat 28 Komtar pada hari itu pun, dia tidak tumpu perhatian, asyik keluar masuk bilik menjawab panggilan telefon.

“Dia langsung tidak profesional,” jelas sumber yang turut hadir mesyuarat.

Pada 7 Januari lalu, Fairus tidak hadir mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri, dengan alasan yang sama, dia tidak tahu. Walhal, semua exco telah sedia maklum tentang mesyuarat mingguan tersebut.

Dalam pada itu, Fairus turut ‘kencing’ tiga pemimpin kanan Keadilan Pulau Pinang, apabila tidak hadir program yang diatur untuknya pada 24 dan 25 Januari lalu di Pulau Langkawi.

Difahamkan, sebelum itu Fairus telah bersetuju untuk hadir.

Pemimpin berkenaan di antara para pengampu yang cuba mengambil kesempatan atas jawatan TKM 1 itu.

Mereka cuba menyelamatkan kedudukan Fairus agar pemimpin tertinggi parti tidak mengambil tindakan terhadapnya, meskipun mereka mengetahui kebobrokan Fairus.

Mereka dikatakan sedang menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim, kononnya Fairus telah mengubah sikap buruknya.

Bangkai gajah tidak mungkin boleh ditutup dengan sehelai lalang,” ujar seorang teman.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Januari 29, 2009

Fairus 'best actor in town'..

Oleh Ex_portmouth varsity

Arakian , sekonyong-konyongnya (pinjam 'vocab' DSAI) maka tersebutlah alkisah sang Fairus yang semakin bermaharajalela rakus melanggar semua 'bala' di kiri kanan serta depannya untuk membebaskan diri dari kemelut ciptaannya sendiri.

Pusing kiri tak kena , toleh depan tak kena.. pendek kata semua serba tak kena dek kerana ada siri pembongkaran kemunafikannya sedang berlaku..sepandai-pandai tupai melompat..akhirnya ketanah jua tempatnya..itu bidalan yang semakin menyamai situasi sang Fairus..

Sang Fairus mulalah menuding jari ke sana dan kemari menuduh ada 'konspirasi pakatan tertinggi' untuk menjatuhkannya kerana mengidamkan jawatan yang beliau sandang..

Hey sang Fairus tidakkah kau sedar bahawasanya kau sekarang berada diambang 'talkin' yang bakal disempurnakan oleh rakyat..rakyat yang muak dengan kejelekan dan kedurjanaan yang engkau sendiri lakukan..

Berita tersebar di seantero pelosok Pulau Pinang. Malah angin juga membawa berita benar ini keluar dari jajahan setempat..buat kesekian kalinya rakyat bangun menyatakan kebenaran..berkatalah benar walaupun pahit..

Rakyat melaungkan kalimah keramat ...UNDUR..UNDUR..UNDUR FAIRUS..UNDUR..UNDUR..UNDUR FAIRUS...bingit..tetapi itulah hakikinya..raja adil raja disembah..raja zalim raja disanggah..semakin meloya telinga menyambut seranah sang Fairus yang umpama 'best actor in town'..

Kaget mencari sokongan ampuh dari pencacai murahan untuk menghalalkan perbuatan jahiliyahnya..maka ngauman sokongan kedengaran dari mereka yang memekakkan telinga dan membutakan mata menerima kebenaran..

Terus apakah pengakhiran buat Sang fairus ini ..? Perlu dibiar sajakah ? Atau cukup sekadar menjadi pelakon tempelan mengangguk kepala umpama 'pokke' (nama lain bagi sesumpah atau bahasa saintifiknya 'iguana') tanda setuju dengan semua kebobrokkannya..

Tidak sama sekali..meminjam kata DSAI..jika takut risiko usah bicara soal perjuangan..maka kekuatan dipadu..kesepakatan dipalu.. ayuh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran kita sanggah kejelekan sang fairus ..

Seruan buat mereka yang punyai kuasa dalam pimpinan agar mata dibuka seluasnya.. pandanglah gajah di depan mata..

Save Our Soul (S.O.S)

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Januari 28, 2009

Siri 43 : Bukan Game Over, tapi Starting Game ...

.
Ini bukan isu konspirasi, bukan juga kerana cemburu, jauh sekali ada dalang pemimpin tertentu mahu jatuhkan Fairus.

Isunya yang sebenar ialah Fairus tidak layak memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kerana 'attitude problem' yang menjadi darah dagingnya sejak azali.

Sikap buruk Fairus telah merobek, mencemar malah merosakkan imej keADILan di negeri ini. Ramai kecewa, kerana slogan Harapan Baru Untuk Pulau Pinang dipandang remeh, dek salahlaku Fairus.

Sebahagian kecil sikap buruknya kami telah dedahkan. Akan ada pembongkaran lebih besar menanti TKM 1 itu yang mendakwa Alahai ... menfitnahnya.

Kami akan bongkar siapa Fairus sebenarnya !

Fairus mendakwa, malangnya dipercayai oleh segelintir pemimpin negeri bahawa dia teraniaya. Fairus menuding jari, kononnya rakan exconya Abdul Malik Kassim sebagai dalang untuk menjatuhkan dirinya. Fairus merekacipta kononnya Abdul Malik cemburu dan mengidam jawatannya.

Tuduhan berat itu, diuar-uarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya, bukan sahaja dalam mesyuarat bahkan kepada tetamu luar yang tidak dikenalinya. Fairus menagih simpati.

Semuanya gara-gara dia tidak berupaya melaksanakan amanah, menunaikan tanggungjawab sebagai TKM 1.

Justeru, seperti biasa, Fairus menuding jari menyalahkan pihak lain. Menududh orang lain menikam dirinya dari belakang. Dalam konteks ini, rakan exconya Abdul Malik Kassim menjadi mangsa !

Fairus memperalatkan beberapa pemimpin negeri yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mempertahankan kedudukannya.

Cuma kami ingin mengingatkan kepada para segelintir pencacai Fairus, jika sayangkan parti sila buang jauh-jauh perangai buruk Umno yang masih membaluti jiwa kalian.

Masa depan parti lebih penting, bukan batang tubuh Fairus yang baru kalian kenal dua tiga hari lalu.

Kami tidak pernah melobi, apatah lagi untuk mengangkat pemimpin tertentu untuk dijadikan TKM 1. Itu bukan tugas kami, itu juga bukan bidang kuasa kami, malah kami tidak berminat kerja-kerja sebegitu.

Kami tidak peduli siapapun akan menggantikan Fairus, asalkan pemimpin berkenaan sebenar-benar pemimpin berjiwa rakyat, yang tidak khianat amanah rakyat, yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan tidak menipu rakyat. Pemimpin yang bukan hanya mementingkan perut dan bawah perutnya semata-mata.

Tugas kami adalah membetulkan kembali kesilapan memilih Fairus, agar kebobrokannya nanti tidak menjahamkan Pakatan Rakyat khususnya keADILan pada pilihanraya akan datang.

Pada kami, sesiapa sahaja yang menjadi TKM 1, jika dia menyeleweng dari amanahnya, dia menjadi musuh rakyat, dia menjadi musuh kami....musuh Alahaiiiii !

keADILan kena berani berubah.

Ini bukan Game Over, tapi Starting Game.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 42 : Jika anda Guan Eng, bagaimana nak selesai masalah Fairus ?

.
Pertama kali mendengar ucapan Fairus, ramai teruja. Sehinggakan ada yang berani mengatakan 'Fairus sebelah kiri Anwar Ibrahim.'

Berdasarkan kepetahannya, ramai menjangkakan kualiti kerja Fairus, tentulah seperti mana yang diungkapnya. Pendek kata, cakap serupa bikin.

Apabila pimpinan tertinggi keADILan mencalonkan Fairus sebagai TKM 1 Pulau Pinang, semua pihak menyambut baik. Walaupun ketika itu, tiada seorang pun pemimpin keADILan negeri ini mengenali dan mengetahui latar belakang Fairus yang diterjunkan dari Selayang Selangor.

Pengumuman Guan Eng yang turut melantik Prof Dr Ramasamy sebagai TKM 2 melakar sejarah negara. Pulau Pinang diterajui 'pemimpin muhibbah'. Selaras dengan konsep Pakatan Rakyat. Tidak pernah dibayangkan kerajaan BN selama ini.

Namun jangkaan awal jauh meleset. Panas yang dijangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. Selepas beberapa bulan sebagai TKM 1, ramai mula mengesan wajah sebenar Fairus., di sebalik topeng hipokritnya. Termasuk bossnya di peringkat kerajaan negeri-Lim Guan Eng.

Namun kebobrokan itu cuba ditutup di peringkat publik. Dengan harapan Fairus akan berubah. Usaha membaiki dari dalam keADILan diusahakan, termasuk menghantar pegawai-pegawai hebat dan profesional bagi membantunya.

Kesemua usaha itu gagal, enam pegawainya bersilih ganti - meletak jawatan, dek kerana sikap bodoh sombong dan ego tidak bertempatnya. Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut.

Fairus masih dibelenggu sikap buruk masa lampau, (attitude problem) yang menyebabkannya dibuang kerja sewaktu bertugas di Hong Leong Anssurance (HLA) selepas enam bulan bertugas di industri perbankan berkenaan .

Teruk sangatkah Fairus ? Sehinggakan bekas bossnya di HLA sanggup berkata kepada team Alahai... , "Saya tidak pernah jumpa seorang pegawai Melayu sebegini teruk sikapnya."

Pada pengamatan kami, Fairus tidak pernah dan tidak mahu berubah. Ini sebahagian sikap buruk Fairus yang kini terpaksa dihadapi Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ....

  • Masuk kerja lewat- Guan Eng dan Exco masuk pejabat antara jam 8 pagi - 9 pagi, Fairus belum tentu boleh sampai jam 12 tengah hari. Silap-silap haribulan, langsung tak hadir. Boleh dapatkan pengesahan daripada pengawal keselamatan di Komtar.
  • Kerap ponteng meeting - Termasuk mesyuarat exco, lembaga pengarah - alasan yang sama digunakan, pegawai kerajaan di Komtar dah mangli.
  • Lewat - Sama ada ke pejabat, program atau mesyuarat. Kerap kali berjam-jam lamanya.
  • Kerap batalkan temujanji atau program- Biarpun program telah 'confirm' boleh dibatalkan saat-saat akhir tanpa alasan munasabah. Ikut suka aku. Menyusahkan banyak pihak, pegawainya jadi mangsa sumpah seranah rakyat.
  • Penakut - Hanya berani berdegar di pentas, tapi membisu seribu bahasa pada pentas sebenar (sidang dewan undangan negeri). Dua sidang DUN yang berlalu menjadi medan bukti apabila banyak isu yang perlu jawapan darinya dibiarkan berlalu. Malah kecut perut, membisu seribu kata, apabila dia dituduh menipu secara terbuka oleh Adun BN Pulau Betong.
  • Suka langgar protokol majlis - Kerap tidak ikut etika pakaian rasmi, datang lewat daripada TYT Gabenor atau KM dan lain-lain. Confirm akan datang majlis, tetapi tidak datang. Kerusi TKM 1 kosong, mencacatkan majlis. Telah berbuih mulut unit protokol nasihat-tapi tak makan nasihat.
  • Kerap tidak hadir majlis rasmi - Antaranya ponteng majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di QueenBay Mall pada 31 Ogos, Sambutan Hari Malaysia 16 September, selaku exco agama tidak pernah iringi TYT Gabenor solat Jumaat di masjid sekitar... dll.
  • Tidak percaya pegawai sendiri - Khuatir perangai buruknya dilapor kepada pimpinan tertinggi parti.
  • Berjanji palsu - Deretan janji palsu ditabur pada rakyat, sehinggakan kira-kira 100 penduduk Tanjong Tokong menyerbu Komtar baru-baru ini menagih janji palsu Fairus. Begitu juga janji untuk selesai masalah gaji pemain bolasepak P.Pinang, alih-alih dia dipaksa letak jawatan kerana menjadi Presiden FAP yang tidak bertanggungjawab, hanya pandai berjanji tapi gagal tunaikan janji.
  • Pecah amanah - Menyalahguna kad minyak kereta rasmi kerajaan bernombor pendaftaran P 1, diguna untuk kereta sendiri. Telah diarah oleh kewangan negeri untuk bayar balik, jumlahnya hampir RM1000.00 . Malah pernah membuat tuntutan melampau. Kes ini jika diadu kepada BPR, boleh sangkut.
  • Cakap tak serupa bikin - Jika 10 perkara yang diucap atau dijanji, nak betul satupun susah. Kesannya terpalit kepada parti.
  • Bakhil tahi hidung masin terlampau - Terlalu banyak contoh. Kalau ceritapun orang tak percaya. Paling terkenal cerita pasal makan ais krim- boleh tanya bekas pegawai akhbarnya Farid Wajdi telah yang meletak jawatan baru-baru ini.
  • Putar alam - Ada sahaja 1001 alasan menipunya. Peringkat awal orang percaya, lama kelamaan tembelang pecah.
  • Ego dan bodoh sombong - Suka dipuji. Pantang kena puji kembang hidung dia. Apatah lagi bila pujian itu datang dari seorang wanita. Lemah longlai.
  • Muka tembok - Tak tahu malu, buat muka selamba biarpun bersalah.
  • Pengadu domba - Suka mengadu domba pemimpin, dengan memburukkan pemimpin lain agar menyokongnya. Termasuk memburukkan Guan Eng dan DAP bagi meraih simpati Melayu.
  • Merapu - Cakap lebih, kerja tak jalan. Kebiasaannya setiap topik yang diperbincangkan akan keluar dari 'track' asal. Melalut tak tentu arah. Selalunya hanya akan cerita perihal kehebatan dirinya yang sebenarnya tidak sehebat mana.
  • Masalah mental kronik - Kenyataan ini boleh dirujuk dengan semua kakitangan awam kerajaan Pulau Pinang. Dari pegawai atasan , ketua-ketua jabatan sehinggalah ke 'drebar' dan pengawal keselamatan, semuanya bercakap senada.... 'Fairus mental'.
  • Tidak layak - Jika dia masih terus diberi kuasa sebagai TKM 1 maka tunggulah saat kejatuhan PKR (bunyinya macam kasar tetapi percayalah inilah natijah yang sedang menanti.
  • Pelahap - Membeli dua kereta mewah BMW 5 siri dan Mercedes Benz 240 E dalam tempoh 10 bulan menjadi TKM 1, padahal telah memiliki kereta Rexthon sumbangan seorang usahawan dan kereta rasmi kerajaan negeri jenis Mercedes. Hidupnya sebelum jadi TKM 1 ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. ( Tunggu pendedahan kami .... )
  • Kaki perempuan - Jeng...jeng....jeng... nanti kita cerita bab ni ... !

Kami akan berhenti dari menyiarkan kebobrokan Fairus , sekiranya ada bibit-bibit perubahan pada dirinya. Namun sehingga kini kesombongan dan kebongkakannya menjangkaui akal pemikiran yang waras.

Andai kata anda sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagaimana hendak mengatasi masalah Fairus ni ...?


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Januari 26, 2009

Respon pembaca : Teruskan pendedahan tentang Fairus

Respon 1 - Teruskan pendedahan tentang Fairus

Daripada Mohd Azhar,

Assalamualaikum kawan.
Saya nak ucapkan terima kasih di atas keberanian saudara dalam menyampaikan kebenaran. Saya adalah penduduk Penang yang mana TKM 1 kami adalah Fairus.

Harap saudara tidak gentar dalam menyatakan kebenaran. Sebagai pendukung kepada PKR, kami tak mahu yang TKM kami ni pelahap sedemikian rupa. Teruskan kerja anda, kami sentiasa di belakang anda.

Untuk pengetahuan saudara, banyak juga story yang kami tahu tentang Fairus. Nanti kita boleh syer bersama. Banyak kenalan saya yang bekerja kat KOMTAR merungut dengan budak ni.

Sampai sini dulu.

Berani kerana benar,takut kerana salah.

Nota:
Kepada sdr Azhar, kami mengalu-alukan sebarang maklumat tentang Fairus, tapi harus diingat, kami tidak akan melayan sebarang maklumat berbaur fitnah terhadapnya !

Respon 2
- Sudah terang lagi bersuluh

Daripada ex_portmouth varsity

Assalamualaikum,

Aku ni rasa terpanggil untuk turut sama beri idea aku perihal Fairus TKM1 Pulau Pinang ni..Aku ni umpama bidan terjun tiba-tiba 'terbekenan' (tertarik) dengan blog Alahai ni....

Bukan apa bagi yang memang kenal dengan 'mangkuk tingkat' ni (nama yg ramai kengkawan aku panggil kat Fairus) segala apa yg di 'londeh' kan ni bukan bertujuan untuk menjatuhkan dia..aku kenai sangat la mangkuk tingkat ni..

Aku dan semua bekas kengkawan dia (majoriti) memang terkejut mak yeh bila dengar berita PKR bagi dia jadi calon PRU yang lalu..menang pulak tu..aku pun tanya kawan-kawan aku yang mengundi kawasan dia.. depa kata calon memang tak dak..jadi PKR pun letak la dia.

Lagipun yang aku tau dia pun memang tergedik-gedik nak jadi calon...memang katanya hari tu (PRU 12) kalau PKR letak 'berok' tak pakai baju pun akan menang..sebab orang memang tolak UMNO..wallahu'alam..

Yg aku rasa tragis sangat bila aku terbaca blog yang memang bawa cerita benar pasal mangkuk tingkat ni..dia ni memang payah nak berubah..rendam dalam klorok bleach pun belum tentu boleh clean.

Aku kesian sungguh pada DSAI (Anwar Ibrahim.) Awat la DSAI tak selidik dulu background. Ini main tangkap muat saja..bahana dia..nie yang dok jadi la ni..aku tak yakin dia nak berjuang atas tiket PKR untuk rakyat..dia ni kedekut mengalahkan haji kedekut bin lebai bakhil...

PKR kena prihatin dengar suara rakyat..ingat DSAI pernah ucap kalam ni..' suara rakyat suara keramat'..

Jangan sampai nanti kalam ni makan tuan..ini bukan ugutan atau ancaman..tapi kenyataan hakiki yang perlu DSAI dan pimpinan PKR ambil iktibar.

Jangan sampai mengugah keyakinan dan kepercayaan rakyat..cuba pakai beberapa bidalan lama..contohnya seperti ini...'kerana mangkuk tingkat sekor habis PKR seMalaysia..'

DSAI..teman-teman di Pulau Pinang, ramai yang hari-hari tak terlepas dari bicara soal mangkuk tingkat yang tak perform tu..\

Dengar cerita DSAI pun memang meluat kat dia..nak sebut nama pun tak mau dah..tapi adakah cukup setakat itu.

DSAI adalah pemimpin contoh..aura DSAI menggunung..tapi dek kerana seorang mangkuk ini DSAI tak boleh resolve. Pemimpin datang dan pergi, salah memimpin rakyat jadi mangsa.

Rakyat dah hukum UMNO-BN..tak mustahil nasib yang sama boleh menimpa parti DSAI dan PR.

Aku rakyat marhaen..sekadar boleh beri pandangan dangkal. Tapi perlu diingat banyak sejarah telah dicipta melalui sesuatu yang kecil. Apa dia lu orang pikir la sendiri.

Pada blog alahai.. aku harap ko orang publish la email aku ni, supaya ramai lagi manusia yg pernah kenal mangkuk tingkat ini tampil dan beri kenyataan yang boleh menyedarkan DSAI dan pimpinan PKR.

Nota : Permintaan untuk siarkan emel saudara telah kami tunaikan !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Januari 25, 2009

Siri 41 : Hello ...Fairus hutang RM13 ribu, bila mau bayar ?

.
Salah satu daripada tiga portfolio Mohammad Fairus Khairuddin adalah Pengerusi Pembangunan Keusahawan dan Koperasi.

Makna kata dibahunya tersangkut tanggungjawab berat bagi membantu golongan usahawan Pulau Pinang, khususnya bumiputera untuk membangunkan bidang perniagaan mereka.

Sudah pasti, para usahawan mengharapkan sesuatu dari sentuhan 'pemimpin muda' yang membawa panji-panji 'Harapan Baru Pulau Pinang.'

Tetapi bagaimana, jika pagar yang diharapkan untuk menjaga padi, sebaliknya bertindak dengan memakan padi ?

Inilah yang berlaku kepada seorang usahawan kecil dari Cherok Tok Kun, Zulkifli Saad, yang menjadi mangsa Fairus.

Seorang reformis sejak era reformasi, Zulkifli dikatakan telah berbuih mulut, menagih hutang berjumlah RM13,000 daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, untuk bayaran kerja-kerja mengubahsuai dan kelengkapan pejabat di pusat khidmat Adun Penanti berkenaan.

Pusat khidmat, yang dinamakan sebagai Pusat Bakti itu terletak di Jalan Tanah Liat telah disiap diubah suai sejak bulan September 2008 dan dirasmikan pada Ramadhan lalu.

Mula beroperasi akhir tahun lalu, dengan menempatkan seorang petugas, dengan gaji RM500.00 sebulan, meskipun sebelum itu pegawai berkenaan dijanjikan dengan gaji RM700.00 sebulan.

Kerajaan negeri memperuntukan RM1,300.00 sebulan untuk pengurusan pusat khidmat berkenaan, di mana RM1,000.00 sebagai gaji pegawai dan selebihnya untuk bayaran bil-bil.

Sewa bulanan pejabat berkenaan, sebelum itu ditangung oleh seorang usahawan bernama Osman Hitam yang juga teman rapat Wan Ismail, bapa kepada Dr Wan Azizah.

Kini, telah lima bulan berlalu, belum nampak tanda-tanda Fairus akan melangsaikan hutangnya.

Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, Fairus mesti mengetahui maksud hadis Rasulullah s.a.w. ini :

“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)

Namun jika Fairus terus bersikap bebal dan bakhil, apa diharap oleh para usahawan lain daripada pemimpin sebegini.

'Pemimpin' yang gemar mendabik dada ini juga dikatakan 'berhutang' tidak kurang RM3000.00 apabila melarikan perabot dan peralatan pejabat milik Yayasan Aman, Penanti, dan ditempatkan di rumah sewanya di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam.

Peralatan berkenaan diambilnya, selepas dia enggan menggunakan ruang di Yayasan Aman, sebagai Pusat Khidmat, meskipun Yayasan Aman telah membelanjakan tidak kurang RM30,000 untuk kerja-kerja mengubahsuian.

Persoalannya, mengapa Fairus enggan membayar hutang, padahal pada masa yang sama dia boleh bermewah dengan kereta BMW 5 siri bernilai kira-kira RM350 ribu, dibelinya pada November 2008 dan Mercedes Benz 240 E bernilai lebih RM100.00 ribu yang dibeli pada Mei 2008, sebaik dilantik sebagai TKM 1 pada bulan Mac tahun lalu ?

Untuk rekod, sebelum dilantik menjadi TKM 1, kehidupan Fairus umpama 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang', hanya memiliki sebuah kereta Peugeot 406 yang tersadai rosak sejak 2007 dan sebuah motorsikal Honda buruk yang kini terbiar usang di rumahnya di Selayang Selangor.


( Foto :contoh Model BMW 5 siri )

p/s-Kepada wartawan Malaysiakini yang pro-Fairus, Athi Veeranggan, tolong bantu sdr Zulkifli Saad untuk mendapatkan kembali hutangnya daripada idola anda itu !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, Januari 24, 2009

Game over for anti-Fairus blogs?

By Athi Veeranggan ( Malaysiakini )

Embattled Penang deputy chief minister Mohamad Fairus Khairuddin is probably heaving a huge sigh of relief after learning that evidence revealing the identities of the people behind a spate of ‘anti-Fairus’ blogs was submitted to top PKR leaders early this week.

The evidence was collected by certain party grassroot leaders in Penang on their own initiative while surfing the cyber world.

The evidence, it is learnt, was mostly an accumulation of email transactions, conversations and anti-Fairus postings by ground level perpetrators, who are part of a conspiracy to allegedly topple Mohamad Fairus.

The evidence has also revealed the identities of grassroots conspirators from within the party.

Malaysiakini learnt that the evidence was handed over to PKR supremo Anwar Ibrahim, president Wan Azizah Wan Ismail, national disciplinary committee head Dr Syed Husin Ali, state PKR chief Zahrain Mohamad Hashim, Mohamad Fairus and PKR state secretary Mustafa Kamal Mohd Yusoff.

Anwar, who is believed to be deeply disturbed by the anti-Fairus conspiracy, and Syed Husin are now scrutinising the evidence to identify and plan disciplinary action against the culprits.

There are at least five anti-Fairus blogs in the cyber world, believed to be closely linked to a top state leader who aims to replace Mohamad Fairus in the Pakatan Rakyat Penang government.

Besides Penanti assemblyperson Fairus, Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) and Law Choo Kiang (Bukit Tambun) are other two PKR executive councillors in Chief Minister Lim Guan Eng’s state administration.

It is learnt that a handful of grassroot leaders have formed a clique to oust Mohamad Fairus since he was appointed Lim’s number two after Pakatan stormed into power in Penang following a landslide victory in the March general election.

The blogs have attacked Fairus constantly with various allegations of under-performance.
He has also been accused of not being people-orientated, not connecting with the grassroots and not carrying out field work, accusations which Mohamad Fairus has vehemently denied.

Recently, an anti-Fairus blog even threatened to publish an upside-down picture of Anwar on its web page to pressure on the PKR supremo to sack Mohamad Fairus from the state government.
The blog even published an upside-down picture of the newly appointed Penang PKR youth chief and Balik Pulau Member of Parliament Yusmadi Yusof, because of his close ties with Mohamad Fairus.

Yusmadi had earlier declared that he would mobilise his youth movement to strengthen Mohamad Fairus’ position in the party and government.

Yusmadi’s intentions obviously did not go down well with Fairus’ detractors.
Reshuffle to strengthen PKR

"This is a work of people jealous of my political success at such a young age," said the 33-year-old Mohamad Fairus, who was dropped as the party state deputy chief during a reshuffle on Thursday.

The reshuffle also saw Law being dropped as deputy chairperson.
Mohd Fairus has been replaced by Dr Mansor Othman while Law's position fell to Machang Bubuk state assemblyperson Tan Hock Leong.

However, the anti-Fairus blogs were quick to capitalise on the reshuffle, saying it was a clear indication that Mohamad Fairus was on his way out of the state administration as well.

Mohamad Fairus and Law were removed and appointed ordinary committee members as part of a strategy to strengthen the party’s state political administration and operations.

Zahrain explained that the reshuffle was to separate party leadership with that of the state government to avoid conflict of interests and allow leaders to focus on their respective tasks.

Realising the internal plot to oust Mohamad Fairus, Anwar has frequently warned state leaders and members not to indulge in smear campaigns to tarnish Mohamad Fairus’ image since it would also damage the party.

He has also threatened stern action on anyone found to be involved in the anti-Fairus campaign.
With fresh evidence now in his hands, Anwar is set to wield his axe to chop off these negative elements, said a party source.

Game Over Or Gamble ?
Mari kita lihat nanti.... siapa yang kenaaa.... !
.

Siri 40 : Fairus gugur, kemenangan awal rakyat P.Pinang

.
Sekalung tahniah buat Datuk Zahrain Mohamed Hashim Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, kerana mula bertindak ke atas Timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin demi kepentingan rakyat.

Biarpun keputusan beliau masih berlapik dengan mengkambinghitamkan dua exco lain, namun ia sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat rakyat negeri ini yang menuntut penjelmaaan slogan Harapan Baru Buat Pulau Pinang.

Tindakan tegas tapi penuh berhati-hati Zahrain, sewajarnya disokong dan didokong semua pihak di setiap peringkat.

Kami percaya, selepas ini impian untuk melihat perubahan paling drastik akan berlaku bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai yang tercemar teruk dek perbuatan songsang individu bernama Mohammad Fairus Khairuddin.

Selepas lebih 10 bulan Pakatan Rakyat yang dibina melalui sepakatan PKR, DAP dan PAS, memerintah negeri ini, kami percaya Zahrain dan pimpinannya telah menilai siapa pemimpin rakyat yang sebenarnya.

Beliau telah menilai mana intan, mana kaca. Dalam kata lain, beliau telah mengenali wajah sebenar Fairus yang berselingdung di sebalik topeng retorik yang diselaputi kepalsuan dan penipuan.

Zahrain yang menyertai keADILan pada tahun 2004, iaitu selepas parti pimpinan Dr Wan Azizah, tercungap hanya tinggal 'semangga' kerusi parlimen Permatang Pauh, berjaya menstruktur semula parti selepas dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan.

Meskipun perjalanan masih jauh, kita berharap Zahrain akan menguli pengalaman luasnya, dalam politik dan perniagaan, untuk membina semula kekuatan keADILan yang masih muda berbanding rakan pakatan lain.

Apa yang kita harapkan selepas ini, Zahrain dan pimpinan parti akan mendengar suara akar umbi, kerana tanpa kekuatan akar umbi, tidak mungkin tertegak sebuah negara.

Bagi pihak kami, Alahai.... akan terus berjuang menegakkan kebenaran dan membongkar kepalsuan mana-mana pemimpin.

Pemimpin yang khianati amanah rakyat, tidak ada tempat dalam parti yang memperjuang hasrat rakyat.

Penggugguran Fairus adalah kemenangan awal raykat P.Pinang !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Januari 23, 2009

Siri 39 : Fairus membebel, ulangi tuduhan Alahai ... fitnahnya

.
Buat kali ketiga, team Alahai... mencabar Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, pemegang kad pengenalan bernombor 760702-07-5413, warganegara Malaysia , membuat laporan polis, seterusnya menyaman Alahai..., kerana didakwa memburuk dan menfitnah dirinya.

Jika Fairus tidak pandai membuat laporan polis, dia boleh dapatkan khidmat Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam ( foto). Shamsul berpengalaman berguni-guni membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno.

Hal ini kerana, Fairus terus mengulangi bebelannya pada mesyuarat Perhubungan keADILan negeri yang memecatnya semalam dan menuduh blog ini menfitnahnya dan mengakibatkan dia menjadi mangsa konspirasi.

Seorang lagi mangsa bebelan Fairus adalah exco PKR Abdul Malik Kassim, yang dituduhnya individu yang membuat konspirasi untuk merampas kerusi TKM 1 daripadanya.

Abdul Malik tidak hadir pada mesyuarat tersebut. Kami difahamkan beliau berada di selatan Thailand dalam rangka lawatan mewakili kerajaan negeri untuk menjayakan misi menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Antarabangsa.

Fairus begitu berang apabila mesyuarat Ahli-ahli Parlimen dan Adun PKR yang diadakan baru-baru ini, melantik Abdul Malik menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah Invest Penang, sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Fairus adalah Pengerusi Invest Penang.

Cuba mendapatkan simpati daripada ketua-ketua bahagian, Fairus mengulangi dirinya teraniaya dan difitnah, justeru menuding jari menyalahkan pihak lain bagi menutup kebobrokan dirinya.

Cubaan Fairus kali ini tidak berjaya, apabila tembelangnya selama ini semakin terdedah, berbanding pada peringkat awal dulu.

Bebelan Fairus tidak mendapat sebarang respon positif daripada pimpinan yang hadir.

Cuma, Timbalan Pengerusi Dr Mansor Osman berkata, " yang dah sudah tu, sudahlah ...." bagi menyejuk Fairus yang terkenal dengan sikap panas baran tidak bertempatnya.

Untuk rekod, Fairus sebelum pilihanraya lalu, tidak dikenali sesiapapun di Pulau Pinang, hatta di Penanti sendiri.

Dilahirkan di Guar Perahu, Bukit Mertajam tetapi dibesarkan di Selangor.

Untuk siri-siri akan datang, kami akan siarkan bagaimana Fairus boleh dicampak ke Penanti untuk dijadikan calon PKR.

Kami juga akan tunaikan janji kami akan siarkan soalan cepumas untuk Fairus yang kami janjikan akan disiarkan pada 19 Januari lalu.

Soalan tersebut terpaksa ditangguhkan, kami kena tunggu 'time' yang sesuai - maafkan kami, maafkan kami... !

p/s Namun kami ucapakn terima kasih kepada Fairus, yang menjadi peminat setia Alahaiii.....

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 38 : Fairus digugur, dua exco jadi mangsa

.
KeADILan Pulau Pinang bawah pimpinan Datuk Zahrain Mohd Hashim membuat rombakan kabinet barunya semalam.

Ketika mengumumkan barisan kabinetnya di Pejabat Yayasan Aman, Penanti, Zahrain menggugurkan Timbalannya Mohamed Fairus Khairuddin dan digantikan dengan Ahli MPT keADILan Dr Mansor Osman (foto).

Tindakan itu, bagaimanapun turut memangsakan dua exco kerajaan negeri yang lain bagi melindungi kewajaran pengugguran Fairus.

Dr Mansor adalah bekas Pengerusi negeri pada era reformasi dan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim.

Bekas calon keADILan Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang itu, dikatakan lebih mampu memantapkan kembali pengurusan parti itu, berbanding Fairus yang kaku dan sekadar memanaskan kerusi.

Dr Mansor juga adalah calon sebenar TKM 1 sekiranya beliau menang pada pilihan raya ke-12 lalu. Beliau sebelum itu pernah ditawarkan sebagai calon Penanti, tetapi terpaksa menolaknya di saat-saat akhir atas desakan penyokongnya di Balik Pulau.

Pengguguran Fairus dikatakan berhubungkait dengan prestasi kerja dan masalah sikap buruk yang masih membelenggunya sehingga kini.

Fairus dilantik sebagai Timbalan Pengerusi sebaik dianugerah jawatan TKM 1 selepas menang di Dun Penanti.

Sebelum ini, Fairus juga dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang ( FAP ) kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya.

Fairus bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah gaji tertunggak pemain, bahkan tidak pernah hadir dalam mesyuarat ahli majlis FAP selepas mengambil alih tugas daripada bekas Presiden Koh Tsu Koon, April lalu.


Bahkan Fairus juga tidak pernah hadir menyaksikan pertandingan yang membabitkan pasukan Pulau Pinang.

'Kambing hitam'

Berbalik kepada isu pengguguran Fairus, Zahrain melalui badan perhubungan negeri terpaksa mengkambinghitamkan dua exco kerajaan negeri Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim bagi menghalalkan keputusannya.

Law digugur sebagai Timbalan Pengerusi 2, sementara Abdul Malik digugur sebagai Setiausaha lebih awal daripada itu.

Kedua-dua exco berkenaan dikatakan kecewa dengan keputusan itu, kerana mereka dimangsakan demi menghalalkan pengguguran Fairus.

Jawatan Law digantikan oleh Timbalan Speaker Tan Hock Leong yang juga Adun Machang Bubuk, sementara Abdul Malik diganti oleh Mustafa Kamal Yusof.

Adun Batu Uban Raveentharan a/l Subramaniam kekal sebagai Timbalan Pengerusi 3.

Zahrain memberikan alasan semua exco kerjaan negeri tidak boleh memegang jawatan tertinggi peringkat negeri. Mereka dikehendaki menumpukan tugas dalam kerajaan negeri.

Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri.

"Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya .

Bagaimanapun alasan tersebut dikatakan kurang menyakinkan.

"Alasan itu dikatakan tidak begitu kuat, bagaimana pula dengan Tan Seri Khalid, yang menjadi Menteri Besar dan dalam masa yang sama menjadi Pengerusi Perhubungan Selangor dan Wilayah Persekutuan ? " soal salah seorang ahli PKR kepada Alahai....

Bahkan katanya, banyak lagi contoh di negeri lain, exco kerajaan negeri dibenarkan memegang jawatan peringkat negeri.

Dalam pada itu, pengguguran Fairus juga dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir pemimpin yang berkepentingan peribadi.

Pada mereka, Fairus perlu dikekalkan bukan atas sifat peribadinya, tetapi atas jawatan TKM 1.

Jawatan tersebut, pada mereka boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka mencapai matlamat peribadi.

Pada golongan ini, kepentingan peribadi mereka lebih utama daripada kepentingan parti dan rakyat.

Malah, difahamkan ada individu pimpinan parti itu melobi Zahrain agar terus mengekalkan Fairus, hanya kerana Fairus pernah berjanji akan membawa dia dalam lawatan ke luar negara.

Pemimpin sebegini gagal menghayati janji PKR kepada rakyat - Harapan Baru Untuk Pulau Pinang, dan dianggap mengkhianati amanah rakyat, demi perutnya.

Mereka adalah penyokong membawa rebah, meskipun mengetahui sikap buruk Fairus.

Meminjam kata-kata kolumnis Hishamuddin Rais- mereka masih 'otak umno dalam pakatan rakyat.'

Berita berkaitan :

PKR P.Pinang gugur Fairus dari jawatan timbalan pengerusi
Tiga exco digugur dalam rombakan PKR P.Pinang

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Januari 20, 2009

Respon pembaca : Biar betul mamat ni !

.
Ekoran berita Fairus mengaku kerabat Diraja, lahir serba kuning

Mohd Asbi berkata...

1) Saya memang kenal Fairus ni. Walau pertama kali berjumpa dengannya, pasti banyak perkara yang didakwa oleh beliau, sehingga anda bertanya kepada diri anda sendiri- "Biar betul mamat nih?"- menunjukkan terbetik ketidakpercayaan orang kepada cerita-ceritanya.

2) Dari pada apa yang tertulis d laman blog ini, memang sejajar dengan Fairus yang saya kenal.

2009 Januari 19 13:12

Isnin, Januari 19, 2009

Anwar : Sumbangan para bloggers amat dihargai

.
Sedutan kenyataan anwaribrahimblog.com

Arakian, sekonyong-konyong ada yang kononnya menulis mewakili bloggers mengemis perhatian malah mengugut! Malangnya fakta meleset sekali.

Biasa saja kita dengan leteran, atau membebel. Tetapi sekadar maklumat agar tidak ada yang turut tersasul nanti. Dalam ucapan dan kenyataan saya selepas pilihanraya, ucapan Azizah selaku Presiden di Kongres yang lalu, kenyataan berkait penahanan Raja Petra dan sebagainya, dinyatakan sumbangan positif para blogger.

Alahai…

ANWAR IBRAHIM

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Januari 18, 2009

Siri 37 : Silat cekak, silat lincah sanggup ke Gaza, silat Fairus bila lagi ?

.
Sebelum ini Alahai … ada mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghantar Timbalannya Fairus, ke Gaza bagi membantu rakyat Palestin menentang rejim Zionis Israel.

Saranan kami itu berdasarkan dua faktor utama :

1. Fairus memiliki ilmu kebal-badannya tidak lut peluru.
2. Fairus adalah Imam Khalifah Silat Seni Pusaka Gayung P.Pinang

Bagaimanapun saranan itu tidak bersambut, sama ada Guan Eng, apatah lagi Fairus yang tidak berani turun berdemontrasi di hadapan masjid Kapitan Keling, Jumaat lepas.

Guan Eng tidak mungkin akan mengarahkan Fairus untuk ‘syahid’ di Palestin, tetapi bagaimana dengan Fairus sendiri yang selalu mendabik dada, kononnya pejuang Melayu, pembela Islam melalui silat seni pusaka gayungnya ?

Pada kami, mustahil Fairus yang sedang asyik masyuk dilamun alam percintaan akan berani menyahut cabaran membela umat ini.

Nak tahu kisah percintaan Fairus ? Sila hubungi Ustad Badrul Amin Baharom, yang juga ahli MPT keADILan yang telah ditemui Fairus beberapa kali bagi mendapatkan khidmat nasihatnya untuk berpoligami !



Berita berkaitan :

Ahli silat mahu ke Gaza
Oleh Yusairy Yusof (Kosmo)

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia menawarkan diri membantu rakyat Palestin kini Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) juga menyatakan hasrat yang sama.

Guru Utama PSSCUHM, Marui Latif berkata, penglibatan ahli-ahlinya boleh dikerah segera sekiranya kerajaan menyelaraskan program bantuan tersebut.

"Kami tidak ada masalah. Jika diminta, persatuan kami yang ada ahli di seluruh negara sentiasa bersedia untuk berkhidmat di sana (Gaza)," ujarnya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

Bagaimanapun, Marui menyedari risiko dan prosedur tertentu yang menyukarkan penghantaran mereka untuk berkhidmat di wilayah bergolak itu.

Katanya, walaupun tidak berada di Gaza, PSSCUHM sudah memulakan bantuan berbentuk kewangan melalui kutipan Tabung Gaza yang sudah dilancarkan sejak bermulanya serangan Israel ke atas penduduk Palestin.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 36 : Fairus mengaku kerabat Diraja, lahir serba kuning

.
Sebelum ini Fairus mendakwa dia kebal, tidak lut peluru, meskipun ditembak 16 das.

Dia juga mendakwa selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara nanti, Anwar Ibrahim akan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kini, Fairus mendakwa darah yang mengalir dalam tubuh badannya, bukan sekadar darah daripada keturunan panglima Kedah, tetapi juga darah kerabat Diraja Kedah.

Dalilnya-ketika dilahirkan pada 20 Julai 1976, suasana serba kekuningan menyambut kelahirannya.

Daripada sepersalinan pakaian untuknya sehinggalah warna tubuh badannya.

Ketika menceritakan hal itu kepada beberapa orang kenalannya, Fairus mahu dirinya dihormati dan ditaati sebagai TKM 1 dan kerabat Diraja.

Seorang bekas pegawainya mengaku, Fairus pernah menyebut hal itu kepadanya ketika dia sedang menyediakan biodata untuk calon N12 Penanti itu untuk pilihanraya umum lalu.

“Bagaimanapun setelah berbincang dengan teman-teman lain, saya tidak memasukkan maklumat itu, ,” jelasnya.

Sementara beberapa teman sekuliahnya memberitahu, semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fairus mengalami masalah 'inferiority complex.’

“Dia tiada teman rapat, suka jalan seorang-seorang, dia lone ranger,” jelasnya.

Malah jelas temannya itu, Fairus hidup dalam keadaan tertekan. Dia hidup dalam dunianya sendiri.

Ditambah apabila dia gagal menamatkan pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan, berbanding teman sekuliahnya yang menamatkan kursus mereka selama empat.

“Fairus menamatkan ijazahnya dalam tempoh lima tahun setengah, kerana gagal dalam beberapa kursus,” dakwanya.

Kami anggap masalah mental kronik yang dialami Fairus mungkin ada hubungkait dengan kisah silamnya.

Kini dia cuba membina imejnya yang serba hebat, bagi membina keyakinan orang ramai terhadapnya.

“Hasilnya, dia hidup dalam dunia fantasinya sendiri,” ujar seorang teman.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

P036 : Bagaimana ia berlaku ?

.
Oleh Zulkifli Sulong

KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Ia bermula sejak jam 3 petang apabila berita kononnya 70 peratus pengundi Cina pergi ke pondok panas PAS dan tidak ke pondok BN di pusat-pusat pengundian.

Namun, keputusan sebenar mulai di rasai jam 5.00 petang selepas semua pusat pembungan undi mula ditutup dengan rasminya.

Ketika itu, selepas menghubungi beberapa pemimpin PAS, dirasai dengan jelas keputusan akan memihak kepada PAS. Tambahan pula apabila disahkan peratusan keluar mengundi tidak melebihi 80 peratus iaitu 10 peratus kurang dari yang dijangkakan oleh SPR sendiri.

"Nampaknya bulan akan mengambang di Kuala Terengganu," kata saya kepada emak saudara Datuk Wan Ahmad Farid (calon BN) di Kuala Lumpur yang sejak pagi ingin benar tahu apakah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Pada paginya, emak saudara Wan Farid itu menelefon saya memberitahu, "Zul, Wan Farid kata, bulan akan gerhana di Kuala Terengganu."

Saya memberitahu beliau perkara ini kira-kira jam 5.15 petang dalam perjalanan ke Markas Besar PAS di Kuala Ibai.

Di Kuala Ibai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah berada di situ. Dia nampaknya orang yang kedua masuk ke bilik mesyuarat utama pejabat PAS itu selepas saya.

Di situ sudah ada layar besar yang menayangkan penjumlahan undi yang diperolehi oleh PAS dari agen-agen pengiraan undinya di seluruh pusat pengiraan undi yang diadakan di pusat pengundian.

Tepat jam 5.30 petang, dua keputusan samapi serentak. Kedua-duanya menghasilkan keputusan PAS kalah dengan 33 undi. Selepas itu, keputusan datang bertalu-talu.

Pada jam 6.00 petang, PAS menang dengan majoriti 114 undi. Pada jam 6.30 petang, keputusan undi pos diperolehi. Ia menyebabkan PAS kalah 483 undi. Undi pos itu menunjukkan PAS hanya mendapat 86 undi, naik 3 undi berbanding pilihan raya Mac lalu apabila PAS hanya mendapat 83 undi.

Tepat jam 7.01 malam, mula jelas kelihatan trebnd bahawa PAS akan menang. Ketika itu, PAS mula menang 158. Sejak itulah, undi PAS terus meningkat dan meningkat.

Dalam masa yang sama, isteri saya yang berada di rumah memaklum, TV3 menyiarkan keputusan yang menunjukkan BN menang dan terus menang hinggalah keputusan rasmi diumumkan jam 9.30 malam bahawa calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan undi 2, 631 undi.

Kalau ditanyakan, saya akan berkata kejayaan yang dicapai oleh calon PAS ini adalah hasil kerjasama semua pihak khasnya parti-parti Pakatan dalam membantu calon PAS.

Di kalangan jentera PAS pula, saya rasa antara yang terbaik adalah jentera penerangannya yang dipimpin oleh Muhyidin Abdul Rashid.

Dari Pusat Khidmat PAS Dun Alor Limbat, mereka menerbitkan pelbagai jenis bahan penerangan mulai dari Buletin Kuala (yang dibuat versi palsu oleh jentera BN), siri VCD yang terbit setiap hari oleh pasukan Tvpas yang berkampung di situ sejak 31 Disember hinggalah iklan-iklan bersiri yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Pujian juga harus diberikan kepada sidang media harian yang dibuat oleh PAS di Markas Besar PAS di Kuala Ibai yang banyak sekali menjawab dan menyerang segala aktiviti BN sepanjang kempen pilihan raya ini. Juga pasukan IT PAS yang banyak membantu jentera dan lain-lain pasukan yang sememangnya hebat belaka.

Pendek kata, semuanya kerana perpaduan dan persefakatan di kalangan parti Pakatan dan jentera pilihan raya.

Sedutan siasah online

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Anwar : Kemenangan PR bukti rakyat dahaga perubahan

.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.

Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Abdul Wahid serta seluruh jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.

Saya percaya Abdul Wahid Endut akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, bukan sahaja kepada warga Kuala Terangganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.

Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.

Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.

ANWAR IBRAHIM

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

Khamis, Januari 15, 2009

Demontrasi & Ceramah Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin

.
Tarikh : 16 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Jumaat / 9.00 malam
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Sg Petani, Kedah
Anjuran : AMK Kedah,DPP Merbok, Teras dan Yayasan Aman


Aturcara Program

Selepas solat Jumaat : Demonstrasi dan sebaran risalah di beberapa masjid utama di Sungai Petani

9.00 malam : Ceramah Perdana Tayangan Video Kekejaman Israel di Tebing Gaza serta kutipan derma Tabung Palestin bertempat di Masjid Ar Rahman (Masjid Pekan) Sungai Petani, Kedah.

Penceramah:
1.Sdr Ustaz Zahir-Ketua DPP Merbok,
2.Sdr Saiful Izham Ramli-Ketua AMK Kedah
3.Cikgu Haji Azmi Abdul Hamid-Pengerusi TERAS
4.Timb. Presiden Persatuan Pengguna PPinang
5.Wakil Rakyat Palestin.

Datanglah beramai-ramai

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Januari 14, 2009

Komen Web Master Perisik Rakyat

.
Lanjutan laporan Malaysiakini bertajuk Anti-Fairus blog steps up pressure, Perisik Rakyat memberikan komennya.

Salam...

Aku dah cakap... tak payah nk ugut aku & aku tak kan berpatah balik dari rancangan asa l...

De Facto?

Ada 2 maksud "De Facto" bagi aku...

1 - De Facti yang akan membawa perubahan kearah kebaikan.

2 - De Facti yang menjadi penyebab kepada kerosakan.

DSAI blh pilih yang mana DSAI mahu. masih belum terlambt untuk mendengar suara rakyat, suara keramat.

By The Way... tak payah siasat aku ahli parti mana-mana... i'm none partisme... jadi aku bebas bersuara.

10 tahun dulu DSAI pernah berpesan - kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan..!

Hari ni aku nak pesan perkara yang sama pada DSAI - kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan..!

Salam - topengperak_xinwugi

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

Isnin, Januari 12, 2009

Siri 35 : Tunggu 19 Januari-soalan cepumas untuk wartawan kepada Fairus !

.
Wartawan Malaysiakini - Athi Veeranggan menulis 'Anti-Fairus blog steps up pressure' bertarikh 10 Januari.

Wartawan berkenaan mungkin merujuk siaran Alahai ….. bertajuk Jangan Sampai Blogger Salahkan Anwar pula... yang tersiar pada 2 Januari lalu.

Komen tersebut mengatakan foto Anwar Ibrahim akan diterbalikkan sekiranya beliau tidak mengambil tindakan terhadap Fairus dipetik daripada blog asal Perisik Rakyat.

Terdapat yang salah faham, ada yang marah-marah kepada Alahai… kerana menyiarkan kenyataan berbau ‘ugutan’ terhadap pemimpin ‘de facto’ tersebut.

Dalam hal ini, kami mengambil sikap terbuka, menyiarkan suara hati blogger dan akar umbi, selaras dengan prinsip kami - Berkatalah Benar Biarpun Pahit.

Namun, Alahai… tidak berhajat menterbalikkan foto Anwar kerana kami faham masalah yang membelenggu keputusan beliau berhubung kedudukan Fairus.

Kami anggap Anwar menjadi mangsa keadaan, hanya kerana kebobrokan Fairus .....

Pada kami, Anwar adalah Putera Terbaik Malaysia !

Pun begitu, kami kalungkan ucapan terima kasih kerana Athi Veeranggan kerana ‘setia’ mengikuti perkembangan blog Alahai, walaupun tidak mengetahui kedudukan sebenar isu TKM 1.

Justeru, beberapa analisis Athi tentang isu TKM 1 selama ini bersandar daripada sumber songsang.

Tapi tidak mengapa, kami telah sediakan SOALAN CEPUMAS kepada saudara dan rakan-rakan wartawan lain untuk diajukan kepada TKM 1 nanti.

Mungkin selepas mendengar jawapan Fairus nanti, kita akan tahu betapa "hebatnya" Fairus..... haa...haa..haa...

Tunggu soalan kami dalam blog ini pada 19 Januari nanti, iaitu selepas keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Tunggu Athi,tunggu jangan tak tungguuuuu...

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

Ahad, Januari 11, 2009

Siri 34 : Blogger cabar Fairus dan Yusmadi lapor polis terhadap Alahai…

.
Ekoran kenyataan Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusof dalam Malaysiakini yang menuduh blog menfitnah Fairus, seorang blogger mencabar kedua-dua pemimpin muda berkenaan untuk membuat laporan polis terhadap blog Alahai…

Aku ulangi cabaran untuk YB Fairus serta YB Yusmadi Yusof untuk membuat laporan polis terhadap blog Alahai… Fairus.

Demikian cabar blog malaysiabiz-aloha.blogspot.com.

Blog berkenaan turut menterbalikkan foto Yusmadi di samping Fairus.

Jelas pengendalinya laporan itu bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka seperti mana yang berlaku ke atas Raja Petra pengendali Malaysia Today.

“ Kalau ianya sebagai fitnah, aku ingin cabar YB Fairus buat laporan polis terhadap penulis blog Alahai...Fairus seperti mana laporan dibuat terhadap Malaysia Today bagi menjejaki Raja Petra dengan dakwaan kononnya memfitnah,” katanya.

Malah blogger berkenaan turut menggesa Yusmadi sendiri menjadi peguam Fairus.

Menurut Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Fairus adalah mangsa keadaan.

Sementara itu, salah seorang team Alahai…. yang dihubungi menyambut baik saranan blogger berkenaan agar Fairus dan Yusmadi menyaman mereka.

“Kecil tapak tangan, stadium bola sepak Stadium Batu Kawan kami tadahkan,” katanya.

Mungkin di mahkamah nanti katanya segala-galanya boleh terbongkar bagi membuktikan tuduhan dalam Alahai… sama ada fitnah atau tidak.

Tapi sebelum itu, tambahnya Fairus terlebih dahulu perlu menyaman akhbar Siasah yang pernah dituduh menfitnahnya.

Fairus pada September tahun lalu pernah mengugut akan menyaman akhbar berkenaan kerana menyiarkan komentar mengkritik dirinya.

Malah dalam Sinar Harian baru-baru ini Fairus pernah membidas Alahai… yang dianggapnya sebagai blog nyamuk dan menfitnah dirinya.
.

Anti-Fairus blog steps up pressure

..
Oleh Athi Veeranggan ( Malaysiakini )

Jan 10 : A blog which has been relentlessly slamming Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, is now threatening to post an upside down picture of de facto Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim on its site.

( Catatan : Adakah blog yang dimaksudkan adalah Perisik Rakyat ? )

The blog wants Anwar to sack Mohammad Fairus from the state Pakatan government for perceived incompetence. It has already displayed photographs of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, his deputy Najib Abdul Razak and Mohammad Fairus upside down.

A recent meeting with state party leaders and elected representatives in Penanti on the mainland, Anwar issued a firm warning to the operators of the blog, saying harsh action will be taken against them if they are found to be PKR members, as has been widely claimed.

It is learnt that Anwar is deadly serious in efforts to halt the character assassination campaign being vigorously carried out by Mohammad Fairus’ detractors.

Mohammad Fairus, who is Penanti assemblyperson, was also ordered by Anwar to be more open to criticism and improve on his work.

Early last month, a controversy erupted when Mohammad Fairus was wrongfully accused of threatening to ‘behead’ several state PKR youth leaders, who were planning to hand over a memorandum to him.

The memorandum contained several points demanding that Mohammad Fairus and two other PKR executive councillors in the Pakatan state government - Bukit Tambun assemblyperson Law Choo Kiang and Batu Maung representative Abdul Malik Kassim - improve their work.

The anti-Fairus blog, however, claimed that the deputy chief minister declined to meet the youth leaders and threatened to ‘behead’ them for demanding that he step down gracefully, an allegation denied by both Mohammad Fairus and the then state PKR acting youth leader, Bukit Tengah assemblyperson Ong Chin Wen.

Trial and error

Newly appointed state PKR youth chief and Balik Pulau Member of Parliament Yusmaidi Yusoff is, however, more philosophical about the situation, pointing out that "Fairus is a victim of a try and error process, and his detractors are trying to capitalise on it".

Referring to several shortcomings of the Penanti assemblyperson during the early days of the new Pakatan state government, Yusmaidi pointed out that they were caused largely by inexperience, incompetence and mistakes.

PKR leaders and members should realise that Mohammad Fairus is a symbol of PKR’s youthful leadership in the Pakatan state government. "We should help him, not criticise him," Yusmaidi told Malaysiakini.

On the anti-Fairus blog, Yusmaidi suggested that the blogger not resort to writing lies and half-truths to air his grievances as a PKR member.

By attacking Mohammad Fairus openly, he said the blogger was painting a bad image of PKR.

"But blogging has now become part of the country’s democratic process and we all have to live with it," he said.

Yusmaidi is also hoping to use his youth movement to empower and strengthen Mohammad Fairus’ position and credibility.

"The state youth movement will assist Fairus in all ways and means for him to succeed. His success is imperative for the party’s growth in Penang," he said.

With Anwar threatening to wield the axe on the anti-Fairus blog and Yusmadi backing the embattled deputy chief minister, the blog’s threat to hang Anwar’s portrait upside down may just backfire.

.

Sabtu, Januari 10, 2009

Respon pembaca : Fairus ada hubungan dengan Ezam ?

.
Oleh Sitai Dert

Alahai Fairus !!

Dalam artikel `Siri 32 - Fairus tidak tahu ada mesyuarat Exco Pulau Pinang', ada menyatakan bahawa Fairus ke Kelantan atas urusan peribadi ...

Urusan peribadi ini adalah urusan urusniaga untuk mengkayakan Fairus dan juga gerakan untuk menobatkan Fairus sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada tahun depan ketika pemilihan baru.

Kesemua gerakan-gerakan politik Fairus dimulakan di Kelantan. Ini kerana terdapat ramai kaki-kaki ampu daripada Angkatan Muda Kelantan terutamanya Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan sendiri yang berkiblatkan Zamakhsari iaitu proksi Ezam.

Umum mengetahui di Kelantan ini bahawa Angkatan Muda Kelantan ini masih lagi berhubung kait dengan Ezam.

Zamakhsari orang muda yang berjaya atas kekayaan sumber balak, ladang rakyat dan banyak lagi daripada kerajaan negeri Kelantan ini memelihara Ezam bahkan sekarang ini juga memelihara Shamsul Iskandar untuk mendapat tempat sebagai Bendahari Angkatan Muda Pusat.

Tidak pelik jika Fairus sanggup meninggalkan mesyuarat Exco semata-mata untuk datang ke Kelantan kerana beliau sekarang ini banyak belajar daripada orang Kelantan bagaimana untuk menjadi kaya.
.

Jumaat, Januari 09, 2009

Siri 33 : Guan Eng berdemo anti Israel, Fairus entah ke mana

.
Memalukan - ketika lebih 3000 rakyat Pulau Pinang berdemo anti Israel dan Amerika di perkarangan masjid Kapitan Keling, Jumaat bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, Exco Hal Ehwal Agama Islam Mohammad Fairus Khairuddin entah di mana.

Sejak 16 Disember tahun lepas, Fairus tidak berada di pejabatnya. Mungkin dia berada di Gaza atau Guan Eng perlu hantar Fairus ke sana ?

Guan Eng yang tiba sejurus selesai umat Islam solat Jumaat dan diikuti solat hajat terus menyampaikan ucapan bersemangat mengutuk Amerika dan Israel.

Turut berucap Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Azmi Hamid, Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang SM Idris dan beberapa pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Fairus sebelum ini dalam kenyataan media membidas Persidangan Negara-negara Islam (OIC) hanya berpeluk tubuh dalam menangani isu kezaliman Israel.

“Fairus juga nampaknya berpeluk tubuh, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap,” kata seorang peserta demo petang tadi.

Masjid Kapitan Keling hanya terletak kira-kira dua kilometer dari Komtar, pusat pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Peserta demo kemudiannya berdoa sebelum membakar patung Presiden Bush dan bendera rejim Zionis Israel sebelum menamatkan demontrasi pada jam 3.00 petang.
.

Mari baling kasut ke muka Bush

.
Anda terlalu geram dengan kezaliman Israel ke atas penduduk Palestin ? Tapi tidak mampu mengangkat senjata untuk menentang rejim Zionis, kerana anda tidak kebal seperti mana TKM 1 Penang.

Jangan bersedih, kami tahu badan anda tidak mampu menahan 16 peluru seperti mana Fairus.

Tidak mengapa, anda tidak perlu angkat senjata, tetapi anda boleh mengangkat kasut bagi membaling ke muka Bapa Segala Kejahatan Yahudi Israel - Presiden Bush !

Mari baling kasut ke muka Bush seperti mana dilakukan oleh wartawan Iraq. Anda juga boleh bayangkan muka Bush dengan mana-mana pemimpin yang khianat amanah rakyat !

Mari berseronok .... Klik sini --> MARI BALING KASUT
.

Siri 32 : Fairus dakwa tidak tahu ada mesyuarat Exco P.Pinang

.
Tidak tahu - demikian alasan Mohammad Fairus Khairuddin yang tidak hadir mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bagi kali pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 itu, satu-satunya exco yang tidak hadir mesyuarat penting tersebut yang berlangsung selama lapan jam bermula jam 10 pagi.

Fairus mendakwa tidak dimaklumkan mana-mana pihak, justeru itu dia tidak hadir mesyuarat berkenaan pada Rabu -7 Januari.

Kerajaan negeri menetapkan mesyuarat mingguan exco pada setiap Rabu, kecuali jika berlangsung sidang parlimen, mesyuarat diubah pada Jumaat.

Semua exco telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Difahamkan antara agenda mesyuarat tersebut antara lain ialah laporan dan pembentangan perancangan tahunan setiap exco.

Fairus mengetuai potfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi serta Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

Menurut sumber Fairus ketika itu Terengganu. Sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu, dia berada di Kelantan atas urusan peribadi.

Difahamkan itu bukan kali pertama Fairus tidak hadir mesyuarat exco. Kalau hadirpun sama ada dia lewat atau tidur dalam mesyuarat.

Telah tiga minggu, sejak 16 Disember tahun lepas, jelas sumber itu Fairus belum berada pejabatnya.

Beberapa program yang sepatutnya dia hadir, sama ada dibatalkan, ditangguh atau dijalankan tanpa kehadirannya.

“Sejak hari ( 16 Disember 2008 ) dia enggan menerima memorandum Angkatan Muda (AMK), dia belum masuk pejabat,” jelas sumber.

Pada hari tersebut ( 16 Disember 2008 ), Fairus juga tidak hadir mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA).

Dia memberikan alasan sakit perut. Perkara tersebut dimaklumkannya kepada salah seorang AMK yang menghubunginya.

“Dia balik sekejap untuk hadir mesyuarat exco pada 19 Disember. Sejak itu dia tidak hadir ke pejabatnya,” jelas sumber tersebut.

Tambahnya beberapa program Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK) di bawah potfolionya juga, dia tidak hadir.

“Program perjumpaan dengan JKKK pada 17 Disember di Dewan MPSP, juga dibatalkan pada saat-saat akhir, kerana dia ke Kuala Lumpur kerana urusan peribadi,” jelasnya.

Tapi katanya, Fairus boleh pula hadir ke Ibu Kota menyaksikan konsert Mamma Mia pada 18 Disember 2008.

Begitu juga program Jati Diri yang diadakan di Bukit Merah pada 20-21 Disember 2008 dan di Langkawi pada 29-31 Disember 2008 yang sepatutnya dirasmikan olehnya, dia juga tidak hadir.

Sebelum itu, Fairus juga tidak hadir merasmikan program masyarakat Madani di Jawi, Nibong Tebal pada 26 Disember tahun lalu.

Difahamkan dia berada di Johor selepas pulang dari lawatan ke luar negara -Yaman ( 21-25 Disember 2008 )

“Dia dakwa kehabisan tiket penerbangan Johor ke Pulau Pinang pada hari tersebut, sebab itu tidak dapat hadir ke Jawi,” jelas sumber itu.

Fairus juga tidak hadir mesyuarat tahunan exco-exco agama bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.

Pulau Pinang satu-satunya Exco agamanya tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Umno dakwa Rashid lebih baik daripada Fairus

Sementara itu, beberapa sumber Umno menjelaskan bekas Timbalan Ketua Menteri (Umno) Datuk Rashid Abdullah pun tidak seteruk Fairus.

“Dulu kalau Datuk Rashid sakit masuk hospital, dia akan arahkan pegawainya menghantar semua surat penting kepadanya di hospital untuk tindakannya,” jelas sumber Umno itu.

Berbanding dengan budaya kerja Datuk Rashid, Fairus jauh tercorot, bahkan sudah tentu merencatkan agenda membela rakyat, khusunya Melayu Pulau Pinang,” katanya.

“Kalau beginilah cara kerja Fairus, Umno ada harapan menawan semula hati orang Melayu pada pilihan raya akan datang,” jelasnya seronok.
.

Berita gossip : Siti Nurhaliza failkan cerai terhadap Datuk K ?

.
Oleh : Oh Bulan
Cerita ini sudah lama sebenarnya dan sehingga hari ini masih belum ada bukti sahih tentang apa yang berlaku.

Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menerbitkan satu artikel pendek bertajuk Word has it…: Is Siti’s marriage on the rocks?'.

Penulis artikel itu mendakwa menerima e-mail yang menyatakan Siti Nurhaliza ada berjumpa bomoh di Terengganu untuk melicinkan proses penceraian beliau dengan Datuk K.

Datuk K yang tahu akan kunjungan Siti Nurhaliza itu datang ke bomoh yang sama dan meminta untuk dihentikan apa sahaja yang dihajati Siti.

Antara puncanya adalah Siti Nurhaliza kecewa apabila Datuk K membelikan sebuah kereta BMW untuk seorang aktress terkenal, yang juga bekas pramugari.

Ada juga sumber menyatakan yang Siti Nurhaliza tertekan kerana aliran wangnya banyak keluar untuk membantu perniagaan Datuk K.

Entah secara kebetulan atau tidak, wartawan Murai turut memberi hint tentang seorang artis terkenal yang dahulu kahwin dengan gah sudah memfailkan cerai terhadap suami.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, hanya Siti Nurhaliza dan Datuk K sahaja yang tahu.

Kita doakan yang perkahwinan mereka baik-baik sahaja. Sayang jika berakhir kerana mereka nampak mesra di depan kamera.

Sumber asal : Oh Bulan

Catatan Alahai : Lelaki @ pemimpin boleh tersungkur kerana wang dan wanita. Fairus juga tidak terkecuali .

Kata Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam magnum opusnya "Islam and Secularism", kebejatan kaum Muslimin pada hari ini bermula daripada masalah kehilangan adab.

Ini seterusnya melahirkan kekeliruan ilmu yang memungkinkan lahirnya para pemimpin yang palsu dalam setiap lapisan masyarakat.


TERKINI : Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
Oleh Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.

Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

Sumber asal : Berita Harian
.

Khamis, Januari 08, 2009

Siri 31 : Guan Eng perlu hantar Fairus ke Gaza


.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disaran menghantar Timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin ke semenanjung Gaza, bagi menamatkan kekejaman Zionis Israel atas penduduk Palestine.

Ini kerana, Fairus yang juga Imam Khalifah Silat Pusaka Gayung Pulau Pinang mempunyai kekuatan luar biasa, memiliki ilmu kebal-tak lut peluru.

Fairus sebelum ini mendakwa pernah ditembak 16 peluru ketika era refomasi tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan.

Kelebihan yang ada pada Fairus, seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi membela nasib rakyat Palestine,” kata seorang teman.

“Kita percaya bom dan peluru yang digunakan tentera Israel tidak mampu mencederakan hatta mencalarkan secebispun tubuh badan Fairus,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Exco Agama itu, sebelum ini membidas Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang didakwanya hanya berpeluk tubuh melihat kekejaman Zionis.

Dengan menghantar Fairus juga, katanya kerajaan negeri boleh mengelakkan lagi pertambahan korban kekejaman Israel.

Sehingga kini, angka korban rakyat Palestine telah mencecah lebih 700 orang.

"Jika misi Fairus berjaya, dia pastikan akan dinobatkan sebagai 'Hero Umat Islam Sedunia'," katanya.
.